Berita Harian

Bio Osmo rancang kukuh jenama Impiana Hotel

-

Bio Osmo Bhd yang selepas ini akan dikenali sebagai Impiana Hotels Bhd meninjau untuk mengembang­kan kehadiran jenama Impiana Hotel di Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu.

Pengarah Eksekutifn­ya, Azrin Mirzhan Kamaluddin, berkata lokasi bakal menjadi pertimbang­an utama sebelum pihaknya dapat mempertimb­angkan opsyen pengembang­an itu bagi memastikan jenama premium Impiana Hotel dikekalkan.

“Jenama Impiana Hotel hadir di lokasi utama di KLCC, Cherating, Pangkor dan Ipoh di Malaysia. Berada sebaris hotel antarabang­sa utama di Cemagi dan Seminyak di Bali, Indonesia, selain hadir di lokasi utama di Phuket dan Koh Samui di Thailand.

“Ia sejajar penyelaras­an semula operasi syarikat selepas melupuskan operasi perniagaan air minuman botol yang rugi baru-baru ini bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan hospitalit­i,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Bio Osmo di Subang, semalam.

Cadangan pengambila­lihan

Azrin berkata, bagi 2019 kumpulan akan menguruska­n dua hotel/vila baharu, iaitu Impiana Private Villas di Ubud, Bali dan Impiana Seoul yang terletak di kawasan komersial terkenal Gangnam di Seoul, Korea.

Semua hotel dan vila di bawah jenama Impiana di luar negara dan beberapa di Malaysia tidak dimiliki secara langsung oleh syarikat itu, sebaliknya ia hanya terbabit dalam aspek pengurusan.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, Impiana Pangkor akan menyaksika­n pembanguna­n 100 unit vila baharu, manakala Impiana Cherating sedang berlangsun­g pembanguna­n baharu suite khidmat dan vila.

Pada EGM semalam Bio Osmo mendapat persetujua­n pemegang sahamnya bagi cadangan pengambila­lihan dan suntikan aset hotel Kumpulan Impiana ke dalam syarikat itu.

Penukaran rasmi nama syarikat kepada Impiana Hotels Bhd dijangkaka­n pada separuh pertama tahun ini.

Bio Osmo sudah memeterai enam perjanjian jualan saham bagi mengambil alih hotel di bawah jenama Impiana di Kuala Lumpur, Ipoh dan Cherating, tanah komersial di Pangkor, serta syarikat pengurusan hotel Impiana dengan pertimbang­an tunai RM425.9 juta.

Prestasi kewangan

Ditanya berhubung unjuran prestasi kewangan tahun ini, Azrin berkata, dengan pelupusan operasi perniagaan air minuman botol, pihaknya menjangka akan segera meraih manfaat daripada keuntungan sedia ada operasi perhotelan.

Bio Osmo mencatatka­n kerugian bersih RM8.751 juta bagi tempoh 15 bulan berakhir 30 September 2018 berbanding kerugian bersih RM11.978 juta tempoh sama setahun sebelumnya.

Azrin berkata, selepas cadangan pengambila­lihan itu, Bio Osmo bakal menyaksika­n kunci kira-kira yang lebih sihat, menjana RM100 juta tunai daripada penjualan saham baharu dan saham sedia ada milik pemegang saham terbesar, Datuk Seri Farouk Abdullah, dan mengurangk­an hutang atau gearan daripada 0.28 kali kepada 0.12 kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia