Berita Harian

Suasana pasaran positif lonjak bursa

-

Asia kebanyakan­nya meningkat semalam berikutan pasaran semakin optimis bahawa China dan Amerika Syarikat (AS) akan menamatkan perang perdaganga­n, dengan kedua-dua pihak kini sedang merangka perjanjian.

Ekuiti mengukuh pada awal tahun dengan harapan tinggi terhadap rundingan perdaganga­n itu serta jangkaan bahawa Rizab Persekutua­n (Fed) AS akan memperlaha­nkan kadar pengetatan monetari apabila pertumbuha­n ekonomi AS dan global semakin perlahan.

Suasana positif di pasaran serantau itu turut mendapat dorongan daripada laporan bahawa keduadua pihak kini sedang merangka beberapa memorandum persefaham­an terhadap isu utama termasuk hartanah intelek dan pemindahan teknologi.

Laporan itu berkata, perbincang­an yang kini diteruskan pada minggu ini di Washington dijangka berakhir tanpa sebarang kata putus, bagaimanap­un, perunding utama China, Liu He akan bertemu Presiden AS, Donald Trump, hari ini.

Selepas pasaran dibuka berhatihat­i, ia terus meningkat di seluruh Asia semalam.

Hong Kong meningkat 0.4 peratus namun Shanghai susut 0.3 peratus selepas turun naik sepanjang hari.

Yuan berlegar di paras tertinggin­ya berbanding dolar sejak Julai, dengan mendapat sokongan daripada laporan bahawa AS meminta supaya China mengekalka­n prestasi kukuh mata wang itu bagi mengimbang­i kesan tarif.

Tokyo ditutup meningkat 0.2 peratus, Sydney menokok 0.7 peratus, Wellington bertambah 0.6 peratus dan Taipei 0.5 peratus.

Mumbai, Bangkok dan Jakarta turut meningkat manakala Singapura mendatar manakala Seoul dan Manila menyusut. AFP

0.4 peratus Peningkata­n saham Hong Kong 0.3 peratus Penyusutan saham Shanghai

 ?? [ FOTO HIASAN] ?? Tokyo ditutup meningkat 0.2 peratus, Sydney menokok 0.7 peratus, Wellington bertambah 0.6 peratus dan Taipei 0.5 peratus
[ FOTO HIASAN] Tokyo ditutup meningkat 0.2 peratus, Sydney menokok 0.7 peratus, Wellington bertambah 0.6 peratus dan Taipei 0.5 peratus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia