Berita Harian

‘Nampak arwah nenek petanda ajal’

-

Georgetown: Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila dilanggar sebuah kereta yang merempuh kediamanny­a di Tanjung Tokong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang, Annur Sumayyah Syabandi, 3, berada di rumahnya sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga tibatiba berundur laju dan merempuh kediaman kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata pemandu kereta terbabit, seorang wanita berumur 35 tahun yang juga kenalan ibunya yang berundur laju kerana dikatakan tersalah masuk gear.

“Akibatnya, pemandu berkenaan merempuh masuk halaman sebuah rumah di kawasan perumahan itu, tanpa mengetahui ada kanak-kanak di kawasan terbabit.

Parah di kepala

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan bantuan ambulans tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Che Zaimani berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala dan cedera beberapa anggota badan.

Beliau berkata, pemandu wanita itu yang juga jurujual di sebuah pasar raya, kini ditahan untuk ujian saringan air kencing dan membantu siasatan.

“Polis sedang mengenal pasti saksi bebas bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Jadi lebih manja

Sementara itu, ibu mangsa, Nur Dallia Yusuf, 28, berkata sebelum kejadian, arwah seperti memberi petanda mahu pergi meninggalk­an keluarga apabila menjadi lebih manja dan kerap minta didukung.

Nur Dallia yang sarat mengandung lapan bulan berkata, anak sulungnya itu kerap memberitah­u melihat kelibat arwah neneknya, yang meninggal dunia pada April tahun lalu.

“Annur rapat dengan neneknya. Jadi bila dia beritahu nampak nenek dalam rumah, dia akan cakap mahu ikut nenek.

“Pada mulanya saya hanya membiarkan sahaja kerana fikir arwah mungkin rindukan ibu saya, tetapi kini baru saya faham,” katanya sebak ketika ditemui, semalam.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Keadaan kenderaan yang merempuh Annur Sumayyah (gambar kecil), di kediamanny­a di Tanjung Tokong, Georgetown, petang kelmarin.
[FOTO IHSAN PDRM] Keadaan kenderaan yang merempuh Annur Sumayyah (gambar kecil), di kediamanny­a di Tanjung Tokong, Georgetown, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia