Berita Harian

Penduduk rugi RM7,000, 15 pangsapuri dipecah masuk

-

Shah Alam: Penduduk di Pangsapuri Seksyen 7 di sini mendakwa kerugian antara RM6,000 hingga RM7,000 setiap rumah selepas 15 unit kediaman dipecah masuk sepanjang tempoh lima hari cuti sempena Sambutan Tahun Baharu Cina awal bulan ini.

Lebih membimbang­kan, selepas kejadian itu, masih ada rumah dimasuki pencuri walaupun penduduk berusaha mengambil langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 (PPPS7), Abdul Hadi Abdul Wahab, berkata ketika kejadian, sebahagian besar penduduk di pangsapuri terbabit bercuti bersama keluarga antara 2 hingga 6 Februari lalu.

“Penduduk yang menjadi mangsa kecurian memberitah­u, antara barang mereka yang dicuri adalah komputer, telefon, wang tunai dan barang kemas serta barang berharga lain.

“Kebanyakan mereka menyedari kejadian, selepas pulang bercuti dan terkejut apabila melihat rumah berselerak serta barang berharga hilang.

“Kita syak, pencuri ini bergerak seorang diri memandang barang diambil bukan barangan berharga besar seperti televisyen,” katanya kepada BH.

Sasar rumah tiada penghuni

BH difahamkan ada 58 blok pangsapuri lima tingkat kos rendah dan sederhana di Seksyen 7 dengan setiap blok dihuni kira-kira 60 hingga 80 keluarga.

Abdul Hadi berkata, suspek juga menyasarka­n rumah yang penghuniny­a tiada di rumah untuk disamun.

“Kebanyakan penghuni rumah yang dipecah masuk mengunci kediaman masingmasi­ng dengan mangga kerana rumah yang tidak ada mangga tidak dimasuki pencuri.

“Pencuri didapati mencungkil lubang kunci pada mangga sebelum mengumpil jeriji besi dan pintu rumah. Kejadian ini kerap berlaku pada waktu siang hari bekerja dan tidak pada hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam keadaan berjaga-jaga dengan memperting­katkan rondaan serta bekerjasam­a dengan polis.

“Pihak polis sudah maklum perkara ini, malah kami juga mengadakan sesi dialog menerusi ‘Program Polis Bersama Komuniti’ pada 16 Februari lalu, antara inisiatif PPPS7 memberi kefahaman dan kesedaran kepada komuniti.

“Kami berharap polis memperting­katkan rondaan dan wujudkan balai bergerak, selain rondaan berjalan kaki kerana rumah bertingkat berbeza dengan rumah teres ekoran ada kawasan terlindung daripada pandangan umum,” katanya.

Abdul Hadi berkata, penduduk juga mewujudkan lebih banyak pasukan rondaan KRT dalam kawasan pangsapuri bagi menangani masalah itu.

“Kita juga berharap penduduk perlu ambil peduli mengenai hubungan kejiranan dan kerjasama demi keselamata­n dan silaturrah­im bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia