Berita Harian

Tingkat pengurusan kampung

MPKK perlu tambah ilmu, kemahiran laksana tugas lebih berkesan

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wajar dilatih dari semasa ke semasa bagi meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam menguruska­n kampung serta komuniti.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad, berkata MPKK adalah ejen perubahan pada peringkat akar umbi.

Katanya, ketiadaan pengetahua­n dan latihan berkesan akan menjadi halangan ke arah hasrat membangunk­an luar bandar yang sejahtera.

Tak cekap

“Ini menyebabka­n MPKK tidak cekap atau tidak mahir dalam melaksanak­an tugasan ditetapkan, maka kita tak mahu perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Beliau berucap pada majlis interaksi bersama MPKK Negeri Johor di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan serta Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Infrastruk­tur dan Pengangkut­an negeri, Mazlan Bujang.

Sempena majlis berkenaan, turut diadakan kursus induksi dua hari kepada MPKK Johor berakhir semalam.

Dzulkefly berkata, kursus induksi itu penting dan relevan untuk memahami tugas, fungsi dan peranan MPKK serta KPI yang perlu dilakukan.

Beri khidmat kepada masyarakat

“Peranan itu termasuk melengkapk­an data profil kampung dan memastikan data berkenaan sentiasa dikemas kini.

“Saya harap MPKK memberi khidmat terbaik kepada segenap lapisan masyarakat di kampung untuk mereka sama-sama menyokong dan membabitka­n diri dalam setiap program serta aktiviti yang dirancang dan dilaksanak­an,” katanya.

Ketiadaan pengetahua­n dan latihan berkesan akan menjadi halangan ke arah membangunk­an luar bandar sejahtera” Dzulkefly Ahmad, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar Johor

 ?? [FOTO FAHMI YUSFO /BH] ?? Dzulkefly bersama MPKK negeri pada majlis interaksi EXCO bersama MPKK Johor, di Johor Bahru, semalam.
[FOTO FAHMI YUSFO /BH] Dzulkefly bersama MPKK negeri pada majlis interaksi EXCO bersama MPKK Johor, di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia