Berita Harian

Jemaah gempar berhala di surau

-

Pelabuhan Klang: Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan patung berhala diletakkan bersebelah­an pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda, di sini, kelmarin.

Difahamkan, patung itu diletakkan individu tidak bertanggun­gjawab di antara jam 2.30 hingga 4 petang sebelum disedari siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.

Siak surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata patung itu ditemui beliau ketika mahu membuka pintu surau berkenaan pada jam 4.15 petang.

Beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudian memanggil ahli jawatankua­sa (AJK) serta kariah surau ter- sebut bagi melihat sendiri patung tersebut.

“Ketika saya selesai solat Zuhur semua dalam keadaan baik dan tiada patung itu. Namun, apabila saya datang surau buat persiapan solat Asar ada patung berhala diletakkan di situ.

Tak tahu motif

“Saya sangat terkejut dan tidak tahu apa motif mahupun mana-mana individu meletakkan patung tersebut. Tambahan pula, surau ini tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

“Setahu saya, surau ini tidak pernah menerima aduan atau mempunyai masalah dengan mana-mana pihak, selain kecurian tabung surau yang berlaku hampir lebih 10 kali,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, perkara ini sensitif berikutan ia mencemarka­n tempah ibadah bagi masyarakat Islam.

“Kami kecewa dan terguris dengan kejadian ini seperti ini yang seolah-olah menghina agama Islam serta menggesa dalang di sebalik kejadian itu tampil meminta maaf.

Tak hormat agama Islam

“Pada mulanya kami tidak mahu menimbulka­n kekecohan serta memperbesa­rkan perkara ini, namun, kami tidak boleh mendiamkan diri lagi berikutan ia tidak menghormat­i agama Islam,” katanya.

Mohd Yatim, berkata susulan penemuan tersebut, dia membuat satu laporan di Balai Polis Pandamaran, Klang Selatan, di sini awal pagi tadi serta menyerahka­n patung itu bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, salah seorang AJK surau itu, Abd Rahman Mohd Shariff, 46, berkata dirinya amat terkejut apabila dimaklumka­n dengan penemuan patung itu.

“Memang timbul perasaan marah dan geram apabila ada pihak yang tidak bertanggun­gjawab dipercayai dengan sengaja meletakkan patung berkenaan di bersebelah­an pintu masuk ini.

“Ini adalah kejadian kali pertama dan saya kira ia sepatutnya tidak berlaku di rumah ibadat. Ia perkara yang sangat sensitif. Kami harap agar perkara ini disiasat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia