Berita Harian

Dakwa bumi mendatar akibat salah faham al-quran, hadis

Manipulasi nas oleh kelompok tertentu perlu dibetulkan

- Oleh Latifah Arifin, Mohd Aizat Shamsuddin

Kelompok yang mendakwa bumi mendatar biasanya cuba menegakkan benang basah dengan menggunaka­n ayat al-quran dan hujah agama. Bagaimanap­un mereka biasanya tersilap dalam memahami al-quran kerana merujuk terjemahan dalam bahasa Melayu, sekali gus meminggirk­an tafsiran ulama silam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu termasuk bahasa Arab.

Pensyarah Kanan, Pusat Keles- tarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah, berkata tidak ada satu pun ayat al-quran menceritak­an bentuk muka bumi sebagai rata.

Ini termasuk ayat yang sering dimanipula­si kelompok yang membuat dakwaan itu seperti firman Allah SWT: “Dan bumi Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gununggana­ng serta Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu yang tertentu timbangann­ya,” (AlHijr: 19)

“Maksud ayat ini bukan dalam konteks kejadian bumi secara fizikal, sebaliknya mengenai kehidupan di bumi.

“Perkataan bentangkan atau hamparan dalam ayat ini tidak boleh dipegang daripada sudut istilah bahasa semata-mata kerana kita tidak mampu menjelaska­n bentuknya sama ada bulat, empat segi atau memanjang,” katanya kepada Ibrah di pejabatnya di UKM, Bangi.

Wan Nasyrudin berkata, gabungan ayat itu menyebut gunung-ganang dan tumbuhtumb­uhan menggambar­kan kehidupan kita tersusun dan sistematik dengan setiap ciptaaan itu ada fungsinya.

“Gunung-ganang menjadikan bumi lebih stabil, manakala tumbuhan pula sumber asas makanan kepada segenap makhluk,” katanya.

Antara ayat lain menjurus penceritaa­n kehidupan dan tiada kena-mengena dengan konteks bentuk bumi ialah firman Allah SWT: “Dialah yang menjadikan bumi bagimu mudah digunakan, maka berjalanla­h di merata penjurunya dan makanlah daripada rezeki dikurniaka­n Allah dan (ingatlah) kepada Allah jua kamu dibangkitk­an hidup semula.” (Almulk: 15)

Mengupas lanjut, Wan Nasyrudin berkata, terdapat isyarat dalam al-quran yang menjelaska­n bentuk muka bumi sebagai bulat.

Firman Allah SWT:“DAN bumi Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang serta Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu yang tertentu timbangann­ya,” (Al-hijr: 19)

Antaranya firman Allah SWT: “Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana masing-masing beredar di tempat edarannya.” (Yasin: 40)

“Petikan ayat ini menceritak­an pergerakan bulan dan matahari dalam sistem cakerawala, sekali gus terdapat juga konteks sama dalam ayat ke-5 surah az- Zumar.

“Jika diterjemah secara literal, ia akan difahami sebagai matahari tidak sama sekali dapat berkumpul dengan bulan, iaitu tidak bertemu kerana berjalan di atas paksi dan orbit berbeza.

“Bagaimanap­un, mengikut tafsiran ulama perkataan ‘tudrik’ yang asal maknanya mengatasi, dapat mengejar atau menguasai itu merujuk kepada terdapat had yang akan menghentik­annya,” katanya.

Beliau berkata, ulama melihat satu masa nanti, matahari akan dapat mengatasi bulan dan pada ketika ini, akan berlaku kiamat.

“Oleh itu, umat Islam yang beranggapa­n bumi mendatar perlu kembali kepada prinsip asal dengan tidak menyamakan al-quran sebagai buku sains.

“Al-quran ialah perlembaga­an hidup mengandung­i panduan tetapi untuk mengetahui secara terperinci apa dimaksudka­n kitab suci itu, umat Islam perlu merujuk hadis dan tafsiran ulama,” katanya.

Wan Nasyrudin menegaskan pendirian bentuk muka bumi bulat disepakati sebagai ijmak ulama hingga ia tidak timbul sebarang keraguan terhadap fakta itu.

“Ulama termasuk Ibnu Taimiyah, Ibnu Al-al-munaadi dan Ibnu Hazim umpamanya menyatakan bumi bulat, manakala Sheikh Al-uthimin menegaskan punca kita tidak dapat melihatnya bulat kerana terlampau besar,” katanya.

Beliau berkata, perintis peta yang juga ulama Islam, al-idrisi turut mereka bentuk bulat dalam peta dunia terawal yang dihasilkan­nya pada 1154.

“Walaupun meyakini bumi itu mendatar memang tidak menyebabka­n terjejasny­a akidah tetapi ia jelas perbuatan tidak berfaedah, malah perbincang­an (mendakwa bumi mendatar) lebih kepada membuang masa,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaa­n, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Ahmad Irfan Ikmal Hisham, berkata pendapat kelompok pendakwa bumi mendatar boleh dipatahkan dengan kaedah pembuktian yang mudah seperti proses cerapan.

Ahmad Irfan berkata, kejadian gerhana bulan penuh bukti paling jelas bumi berbentuk sfera kerana ia berlaku apabila bulan melalui sebahagian bayang-bayang bumi.

“Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam kedudukan sejajar pada satu barisan sama atau sangat hampir.

“Bayang bumi yang jatuh pada permukaan bulan berbentuk melengkung menjadi bukti bumi sfera dan andai mendatar, bayangbaya­ng akan kelihatan seperti satu garisan lurus tanpa lengkungan.

“Imam al-qazwaini menyatakan antara bukti bumi sfera ialah semasa gerhana bulan, ia boleh dilihat di satu kawasan dan tidak di kawasan lain dalam masa sama kerana bulan terbit dan tenggelam berlaku pada waktu berbeza,” katanya.

Ahmad Irfan berkata, bumi sfera dapat dibuktikan menerusi cerapan garisan ufuk atau garisan horizan yang menjadi garis batasan pandangan manusia.

“Secara teori, lebih tinggi altitud seseorang pencerap, lebih besar potensinya untuk melihat garis ufuk sama ada rata atau melengkung kerana bentuk bumi sfera.

“Menerusi tinjauan dengan sejumlah juruterban­g komersial, ada yang nampak lengkungan pada ufuk sebagai bukti bumi sfera pada altitud berbeza berdasarka­n pada pandangan mata mereka, sekali gus konsisten fakta angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor,” katanya.

Beliau berkata, pada zaman Rasulullah SAW, sahabat dididik mengetahui waktu solat berdasarka­n pergerakan dan fenomena jasad samawi, khasnya matahari yang akhirnya berkembang kepada hitungan matematik berasaskan trigonomet­ri sfera.

Rasulullah SAW bersabda: “Jibril AS mengimamik­u di sisi Baitullah dua kali. Jibril solat Zohor bersamaku tatkala matahari tergelinci­r (condong) ke barat sepanjang tali sandal.” (HR Abu Daud)

Begitu juga hitungan carian arah kiblat, keterbatas­an manusia dalam ilmu matematik dan geografi menyebabka­n umat Islam berpegang kepada sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana kawasan yang terletak antara timur dan barat, adanya Kiblat.” (HR Tarmizi)

Perkembang­an dalam matematik menyaksika­n sarjana Muslim memperkena­lkan teori trigonomet­ri sfera untuk memudahkan hitungan carian arah kiblat dengan mengambil kira bentuk bumi yang sfera dan bukannya mendatar.

“Pada zaman Rasulullah SAW, hadis ini betul daripada sudut pemahaman literal kerana dalam banyak keadaan, pergerakan Baginda terhad di Semenanjun­g Tanah Arab.

“Justeru kiblat memang terletak antara kawasan utara atau selatan tetapi selepas perkembang­an Islam ke luar wilayah itu, hadis ini tidak boleh difahami secara tekstual semata-mata.

“Malah dalam pengiraan waktu solat, untuk mengetahui waktu tergelinci­r matahari dari timur ke barat, pencerap secara tradisiona­lnya akan melihat bayang-bayang objek pada waktu tengah hari, membabitka­n waktu istiwa atau rembang dan waktu Zohor,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n perkembang­an matematik, fenomena itu hanya boleh diukur dengan menggunaka­n trigonomet­ri sfera dan data efemeris matahari.

Beliau meminta kelompok pendakwa bumi mendatar supaya dapat mengeluark­an kaedah boleh digunakan dengan mengambil konsep bumi mendatar dalam pengiraan atau hitungan waktu solat dan carian arah kiblat.

“Golongan ini menzalimi diri kerana mempercaya­i konsep yang tidak mempedulik­an aspek ibadat terpenting bagi umat Islam.

“Perjuangan mereka mencermink­an sikap obses kepada perkara remeh-temeh dalam kehidupan dan sikap terpengaru­h terhadap teori konspirasi,” katanya.

Imam al-qazwaini menyatakan antara bukti bumi sfera ialah semasa gerhana bulan, ia boleh dilihat di satu kawasan dan tidak di kawasan lain dalam masa sama kerana bulan terbit dan tenggelam berlaku pada waktu berbeza” Ahmad Irfan Ikmal Hisham, Pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaa­n, Universiti Malaysia Pahang, UMP Perkataan bentangkan atau hamparan dalam ayat ini tidak boleh dipegang daripada sudut bahasa semata-mata kerana kita tidak mampu menjelaska­n bentuknya sama ada bulat, empat segi atau memanjang” Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Pensyarah Kanan, Pusat Kelestaria­n Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia