Berita Harian

Hafaz al-quran dalam 35 hari

Karantina Tahfiz Malaysia guna kaedah Yadain

- Oleh Latifah Arifin

Peserta bukan hanya dikuaranti­n 35 hari berturut-turut, bahkan diterapkan dengan rutin disiplin tinggi supaya kekal fokus supaya mampu menyelesai­kan hafazan 30 juzuk al-quran selama sebulan.

Selain diasingkan daripada dunia luar termasuk akses telefon pintar dihadkan, peserta wajib mengikuti kelas hafazan seawal jam 4 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengajian kursus jangka pendek Karantina Tahfiz Malaysia ini, menjadi alternatif kepada golongan pelajar lepasan sekolah dan universiti, profesiona­l dan pesara yang sukar mengikuti tahfiz secara tradisiona­l.

Program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa batasan umur, bahkan ada pesertanya warga emas berusia 72 tahun.

Pengurus Karantina Tahfiz Malaysia, Abdul Rahman Talib, berkata program itu dipelopori Yayasan Karantina al-quran Nasi- onal Indonesia sejak 2014 yang hingga kini berjaya melahirkan lebih 7,000 huffaz.

“Program ini dibawa ke negara ini bukan untuk menyaingi maahad atau institusi tahfiz kerana kaedah yang diterapkan ialah hafaz sebulan dan murajaah (amalkan) seumur hidup.

“Memang ada meragui benarkah kaedah ini mampu melahirkan huffaz yang mampu hafaz 30 juzuk al-quran, tetapi ia tidak mustahil dan bergantung kepada komitmen peserta itu sendiri.

“Tidak dinafikan cabaran cukup besar kerana mereka perlu komited dalam hafazan kerana ada peserta mampu menghafaz 15 halaman dalam sehari,” katanya.

Guna kaedah Yadain

Mengulas teknik hafazannya, Abdul Rahman berkata, ia menggunaka­n kaedah Yadain, iaitu menghafaz bersama terjemahan ayat.

“Peserta dikehendak­i membaca terjemahan keseluruha­n bagi halaman yang akan dihafaz supaya mereka memahami jalan ceritanya.

“Kemudian, mereka mula menghafaz setiap perkataan dengan membaca bersama terjemahan­nya. Apabila pelajar faham makna setiap perkataan Arab, hafazan akan menjadi lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata, kursus intensif pertama telah dijalankan November tahun lalu, manakala peringkat kedua pada bulan lalu, sekali gus mencatatka­n seramai 10 peserta berjaya menyelesai­kan hafazan 30 juzuk al-quran.

Sementara itu, bekas peserta Karantina Tahfiz Malaysia, Muhammad Uwais al-fawwaz Mohd Gunawan, 22, berkata teknik tadabbur yang diterapkan dalam kursus berkenaan amat membantu bagi menguasai hafazan.

“Sebelum ini saya pernah belajar di madrasah tahfiz namun cuma mampu menghafaz enam juzuk sahaja.

“Apabila menggunaka­n teknik hafazan bersama terjemahan­nya di sini, ia lebih mudah mengingat kerana ada kefahaman terhadap setiap ayat yang dibaca.

“Dalam tempoh satu jam sahaja saya pernah dapat menghafaz empat hingga lima halaman bergantung kepada ayat,” katanya.

Program ini dijalankan secara berjadual di Hotel De Palma, Shah Alam dengan bayaran RM5,600 termasuk kos penginapan, makan dan minum selama 35 hari dengan sesi terbaru akan bermula pada 24 Februari hingga 30 Mac depan.

Individu atau korporat yang mahu menaja peserta kurang berkemampu­an boleh menghubung­i penganjur.

Tidak dinafikan cabaran cukup besar kerana mereka perlu komited dalam hafazan kerana ada peserta mampu menghafaz 15 halaman sehari” Abdul Rahman Talib, Pengurus Karantina Tahfiz Malaysia Apabila menggunaka­n teknik hafazan bersama terjemahan­nya di sini, ia lebih mudah mengingat kerana ada kefahaman terhadap setiap ayat yang dibaca” Muhammad Uwais al-fawwaz Mohd Gunawan, Bekas peserta

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sesi mendengar dan menyemak bacaan diselia oleh guru terlatih.
Sesi mendengar dan menyemak bacaan diselia oleh guru terlatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia