Berita Harian

Hurai akidah salaf sebenar

-

Cabaran akidah umat Islam semakin getir dan genting bukan saja berpunca daripada pemikiran moden dan pascamoden Barat, bahkan aliran silam dibongkar serta dihidupkan semula.

Malah, aliran akidah yang sebelum ini sudah ditangkis dan dibentengi oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada Asya’irah mahupun Maturidiya­h, kembali cuba mengeliruk­an keyakinan umat Islam dengan menonjolka­n diri sebagai aliran yang selamat seperti dijanjikan Rasulullah SAW.

Justeru, penerbitan buku Akidah Salaf tulisan Nur Hidayat Muhammad ini, dapat merungkaik­an kekusutan dalam pemikiran masyarakat apabila berdepan dengan kekeliruan yang dilemparka­n kembali itu.

Buku ini menghimpun­kan pandangan dan jawapan ulama silam dalam kalangan salafussol­eh dari tiga kurun pertama dan golongan khalaf atau terkemudia­n yang berjalan atas paksi kebenaran.

Ia dapat membantu pembaca dalam memahami isu yang melingkari persoalan ayat mutasyabih­at yang dapat mengelak daripada terjerumus ke dalam kancah mujassimah atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk berdasarka­n kaedah yang benar daripada golongan salaf dan khalaf.

Ia juga dapat mengelakka­n ummah daripada menisbahka­n tempat kepada Tuhan apabila buku ini menekankan keimanan bahawa Allah SWT wujud tanpa memerlukan tempat dan arah yang kedua-duanya adalah perkara baharu.

Buku ini turut menghurai masalah seperti kalamullah dalam konteks huruf dan suara, pembahagia­n sifat 20 serta tauhid tiga, kedudukan Imam Abu Hasan al-asy’ari dan ulamanya, selain persoalan hadis ahad sebagai hujah akidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia