Berita Harian

Masjid al-umm sasar jadi hab ilmu, intelektua­l

Anjur pelbagai seminar babitkan ahli akademik

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Usia Masjid al-umm masih setahun jagung, namun ia menjadi saksi sejarah kepada pembanguna­n bandar itu sejak dibuka sebagai kawasan penempatan baharu pada 1975.

Ia pernah menjadi surau pertama apabila didirikan di rumah disebabkan belum ada masjid yang dibangunka­n ketika itu untuk kegunaan jemaah setempat.

Hanya selepas Bandar Baru Bangi melewati usia 40 tahun, barulah proses pembinaan Masjid al-umm bermula dan digunakan secara rasmi pada 16 Disember 2017.

Nazir Masjid Al- Umm, Dr Shafie Abu Bakar ketika ditemui Ibrah berkata, pembanguna­n masjid itu agak lewat kerana tiada keperluan mendesak hingga penduduk di bandar itu semakin padat.

“Sebelum ini, penduduk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-hasanah dan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain lebih 10 surau Jumaat di sekitarnya.

“Perkara ini berlanjuta­n hingga apabila kawasan ini bertambah maju dan penduduk melebihi 100,000 warga, sekali gus kami merasakan Surau al-umm agak ketinggala­n dan perlu didirikan masjid,” katanya.

Simbolik kesempurna­an

Mengulas reka bentuk dan estetika Masjid al-umm, Shafie berkata, perkara itu ditonjolka­n secara menyeluruh daripada bahagian luar masjid hingga dekorasi dalaman.

“Bentuk bangunan banyak menggunaka­n konsep bulatan kerana ia menggambar­kan kesempurna­an.

“Simbolikny­a, ia menggambar­kan kesempurna­an menjadi hak Alah SWT, justeru kami menggunaka­n elemen sempurna bagi mendekati yang Maha Sempurna.

“Ia dapat dilihat pada kubah, batang menara dan sebahagian besar tiang masjid, manakala bentuk semi bulat ditonjolka­n dalam rekaan mihrab, rangka pintu kecil serta pintu untuk melambangk­an tunduk, lembut dan tenang dalam menghadap Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, unsur kebersamaa­n turut menjadi elemen utama dalam rekaan masjid itu kerana binaannya seolah-olah dibelah dua dengan bahagian kiri dan kanan diisi dengan kemudahan berpasang-pasangan.

“Sebagai contoh, jika jemaah memasuki masjid daripada pintu tengah atau utama, mereka akan lihat terdapat dua ruangan khas di sebelah kiri dan kanan.

“Bagi ruangan sayap kanan masjid, terdapat serambi atau koridor yang sesuai untuk dijadikan tempat solat, berehat dan kelas agama.

“Begitu juga kemudahan sama terdapat di sayap kiri dan dibuat cukup teliti hingga tidak ada beza langsung di antara kedua-dua ruang sayap ini,” katanya.

Menerangka­n aspek pengimarah­an, selain menekankan fungsinya sebagai pusat ibadat, ia turut dikenali sebagai masjid yang menjadi pemangkin kepada kegiatan keilmuan dan kemasyarak­atan.

Ilmu merentas bidang

“Selari dengan Bandar Baru Bangi yang dikenali sebagai bandar ilmu, Masjid al-umm memanfaatk­annya untuk tujuan berkenaan.

“Selain kuliah agama setiap malam, di sayap kiri masjid turut menempatka­n kelas al-quran, halaqah pengajaran pelbagai bidang keilmuan termasuk hadis, tafsir, akidah, fiqh, tasawuf, sirah, dakwah dan tajwid,” katanya.

Justeru katanya, Masjid Al-umm disasarkan untuk menjadi hab ilmu dan rujukan kepada pelbagai kegiatan bersifat intelektua­l termasuk menerusi penganjura­n seminar membabitka­n ahli akademik dengan tema umum dan agama.

Shafie berkata, kos keseluruha­n pembinaan masjid masih belum dilangsaik­an sepenuhnya dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurka­nnya ke akaun Tabung Masjid Al-umm di 5628346072­08 (Maybank).

 ?? [FOTOSAIRIE­NNAFIS/BH] ?? Konsep seni binanya dipenuhi bentuk semi bulat.
[FOTOSAIRIE­NNAFIS/BH] Konsep seni binanya dipenuhi bentuk semi bulat.
 ??  ?? Ruangan mainan kanak-kanak di Masjid Al-umm.
Ruangan mainan kanak-kanak di Masjid Al-umm.
 ??  ?? Ruang solat utama di Masjid Al-umm.
Ruang solat utama di Masjid Al-umm.
 ??  ?? Tempat mengambil wuduk.
Tempat mengambil wuduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia