Berita Harian

KENTAL DIUJI

Rosyam Nor bangga pengaruh masih utuh pada usia 52 tahun

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Keputusan mementaska­n semula Olabola The Musical yang pernah menggegark­an Panggung Sari, Istana Budaya, tahun lalu membentang­kan risiko besar kepada penerbitny­a, Enfiniti (M) Sdn Bhd.

Diibaratka­n seperti memperjudi­kan nasib pementasan, sukar untuk meramalkan sambutan yang bakal diterima, terutama mampukah ia mengulangi pencapaian serupa.

Pengalaman mementaska­n semula beberapa teater muzikal sebelum ini, memberi kelebihan kepada penerbit dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina untuk memastikan Olabola The Musical Returns! diterima penonton.

Tiara bijak mengatur strategi bagi memastikan buah tangan terbarunya itu kekal segar dan mampu menarik penonton, bukan hanya peminat baharu tetapi juga mereka yang pernah menyaksika­nnya sebelum ini.

Masih mengekalka­n misi untuk menyemarak­kan semangat muhibah menerusi sukan bola sepak, Tiara bagaimanap­un, menyuntik sedikit perubahan dari segi barisan pelakon, koreografi dan muzik yang menjadi tunggak untuk membangkit­kan mood penonton.

Susunan muzik bertenaga

Untuk pementasan tahun ini, susunan muzik menjadi lebih bertenaga, sekali gus menambahka­n lagi kekuatan penceritaa­n.

Tiara menjadikan muzik sebagai elemen penting untuk menyentuh hati penonton supaya sama-sama larut dalam emosi yang ditonjolka­n pelakon berkenaan.

“Kami membuat perubahan dari pelbagai aspek seperti gerak tari, pergerakan ketika perlawanan bola sepak dan muzik.

“Selain itu, kami juga memberikan fokus dari segi perwatakan dan aspek penceritaa­n kerana keduadua elemen itu sangat berkait rapat.

“Penambahba­ikan ini perlu dibuat kerana kami tidak mahu pementasan ini seperti melepaskan batok di tangga. Alang-alang dapat peluang mementaska­n kembali muzikal ini, kami kena buat yang terbaik. Selain mendapatka­n penonton baharu, kami juga mahu mereka yang pernah datang menonton, kembali semula ke IB untuk menyaksika­nnya,” katanya.

Latihan intensif

Bukan sekadar bercakap kosong, muzikal berkelas antarabang­sa itu membuatkan majoriti penonton merinding dengan elemen meruntun jiwa dan semangat kesukanan yang tinggi.

Perkara itu tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa komitmen padu kru produksi dan barisan pelakon yang terbabit.

“Persediaan kali ini tidak sesukar pementasan yang pertama kerana semuanya masih lagi segar dalam ingatan pelakon.

“Cuma, ia hanya perlu digilap semula menerusi siri latihan intensif. Dari segi kos pembikinan, peruntukan terbaru tidak seperti pementasan pertama tahun lalu,” kata Tiara.

Perkara paling ketara dan mengujakan, tentunya integrasi kaum yang menyaksika­n penonton berbilang kaum memenuhi kerusi.

Mereka bersama-sama berkongsi gembira, sedih dan bangga mengikut babak yang dipaparkan. Sepanjang dua jam, pementasan itu dihujani tepukan gemuruh penonton berpuas hati dengan paparan yang disajikan.

Nabila tak kisah bawa watak kecil

Sementara itu, Nabila Huda mengakui teruja apabila hasrat untuk beraksi dalam pementasan yang diterbitka­n Tiara menjadi kenyataan.

Akuinya, Tiara pada awalnya agak terkejut apabila dia menyatakan hasrat untuk membawa watak ensemble.

“Dia terkejut apabila saya maklumkan sedia memegang watak ensemble seperti tukang sapu. Katanya, mustahil untuk dia memberikan saya watak seperti itu.

“Selepas melihat kesungguha­n saya, dia akhirnya menawarkan saya beberapa watak bersesuaia­n. Saya sangat gembira kerana impian menjadi kenyataan.

“Saya tidak pernah anggap membawa watak ensemble seperti merendahka­n kedudukan saya sebagai pelakon yang pernah memenangi anugerah. Tidak sama sekali.

“Saya sedia membawa watak kecil kerana mahu menimba pengalaman baharu, selain sebagai ruang untuk belajar dan memperbaik­i mutu lakonan,” katanya yang memegang watak seperti gadis Indonesia, jururawat, tukang cuci dan askar dalam pementasan itu.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE/BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Tiara Jacquelina
Tiara Jacquelina
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia