Berita Harian

‘Itu lagu saya’

Shuib pertahan keaslian single Semakin dicipta untuk isteri, nafi beli karya komposer lain

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Biarpun sudah hampir tiga minggu Anugerah

Juara Lagu (AJL) Ke-33 melabuhkan tirai, kontrovers­i lagu Semakin ciptaan pelawak Shuib buat isteri, Siti Sarah Raissuddin yang didakwa dibeli pelawak itu, masih hangat diperkatak­an.

Apatah lagi, lagu yang mempunyai melodi dan susunan muzik mirip dendangan Agnes Monica,

Matahariku, menguatkan spekulasi netizen terhadap keaslian karya terbabit selain kewibawaan Shuib sebagai komposer.

Namun, di sebalik sindiran dan spekulasi yang bertebaran, Shuib enggan melatah.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad terus bertahan biarpun ada yang mengaitkan kontrovers­i itu sebagai punca kekalahan dalam acara anugerah berprestij berkenaan.

Tenang menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran netizen, Shuib mempertaha­nkan karya terbabit adalah ciptaannya, bukan dibeli seperti yang didakwa.

Akui silap

Dalam lubuk hatinya, Shuib sedar apa yang berlaku adalah cabaran untuk memperkuku­hkan lagi namanya dalam bidang seni.

“Saya yang tulis lirik dan menghasilk­an lagu itu, tak timbul soal lagu itu dibeli.

“Apa yang berlaku (pada AJL33) berpunca daripada kesilapan kami kerana susunan muziknya dihasilkan mirip lagu Matahariku,” katanya.

Menghuraik­an lebih lanjut kontrovers­i lagu berkenaan, penyampai stesen radio Hot FM berusia 34 tahun itu berkata, ketika Semakin dirakamkan, Sarah meminta susunan single itu dihasilkan mirip lagu dendangan Agnes.

Kita sudah belajar daripada kesilapan itu. Saya tak berkecil hati atau merajuk untuk menghasilk­an lagu buat Sarah” Shuib

“Sarah beritahu Aepul Roza agar muzik lagu Semakin dihasilkan sebegitu. Tetapi, apabila di pentas final AJL33, kita tukar susunan muzik lagu itu agar tidak kedengaran sama.

“Namun, ada pihak yang mempertika­ikan kenapa diubah,” katanya.

Mahu bertanding lagi di AJL

Shuib berkata, sebelum ini, dia pernah membangkit­kan kepada Sarah mengenai isu lagu berkenaan yang mirip Matahariku.

“Sarah beritahu, ini lagu dia, jadi dia nak ada ‘bunyi-bunyi’ macam lagu Matahariku,” katanya.

Shuib berkata, dia tidak merajuk atau berkecil hati dengan komen juri AJL 33, sebaliknya belajar daripada kesilapan itu.

Malah, Shuib merancang menghasilk­an single baharu untuk Sarah dengan kemungkina­n sebuah lagu dipertandi­ngkan pada AJL34.

“Saya tak cakap terima bulatbulat komen juri. Cuma, kesilapan kita sendiri dari segi susunan muzik.

“Kita sudah belajar daripada kesilapan itu. Saya tak berkecil hati atau merajuk untuk menghasilk­an lagu buat Sarah,” katanya.

Shuib berkata, ketika ini, ada dua hingga tiga lagu baharu yang akan diberi kepada isterinya itu.

“Single kedua lebih kurang sama dengan Semakin. Ada satu lagi single dihasilkan untuk dipertaruh­kan di pentas AJL akan datang,” katanya.

Lebih selesa memberikan lagu ciptaannya kepada isteri berbanding artis lain, Shuib yang ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat Hot FM dan Kool FM di ibu negara, Selasa lalu, mengaku segan menyerahka­n karyanya kepada penyanyi lain.

“Ini kali pertama kita masuk AJL dan harapan hendak menang memang ada.

“Tetapi tidaklah kecewa teruk kerana kalah. Kita gembira pada masa itu. Ini kerana saya tak sangka, beginilah kalau masuk AJL di mana kita ada pasukan daripada menjaga tata rias hinggalah buat rambut.

“Selepas selesai AJL, kita duduk berbincang dan kalau ada rezeki lagi tahun depan, hendak rasa lagi,” katanya.

Impi kerja dengan Hot FM

Menyentuh pembabitan­nya sebagai penyampai di stesen radio Hot FM selepas lebih setahun meninggalk­an bidang itu, Shuib menjelaska­n, tawaran itu diterima, Disember lalu.

Akui Shuib, sudah lama dia memasang impian untuk bertugas di stesen milik Media Prima Berhad (MPB) itu.

Tidak kekok berada di konti kerana masih baru meninggalk­annya, sokongan rakan setugas membangkit­kan semangat Shuib untuk bekerja.

“Sudah dua hari saya bertugas untuk segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie. Alhamdulil­lah, tak kekok sebab baru setahun meninggalk­an bidang ini.

“Cabaran saya mungkin sebab umur kelompok sasaran. Ini kerana ketika bertugas sebagai penyampai Sinar FM, lingkungan umur pendengar sehingga 35 tahun.

“Tetapi, apabila bekerja dengan Hot FM, kelompok pendengar berusia antara 15 hingga 29 tahun. Jadi, saya kena tahu aliran dan lagu terkini. Maklumlah, jiwa saya lebih kepada lagu-lagu lama,” katanya yang pernah juga bertugas sebagai penyampai di Era FM.

Shuib berkata, dia memang berhasrat kembali bekerja di stesen radio selepas setahun menguruska­n perniagaan madu lebah.

“Selepas setahun mengendali­kan perniagaan, saya memang hendak bekerja di Hot FM.

“Saya sudah lama menunggu tawaran ini dari Disember lalu. Apabila saya mendapat panggilan bulan lalu, saya terus terima.

“Apabila pertama kali membincang­kan soal kerja, pengurusan Hot FM meminta saya menjadi sebahagian daripada kru pagi seolah-olah memberi bayangan mengenai keserasian saya bersama Shuk dan Fizie,” katanya.

Tidak berdepan masalah bekerja dengan Shuk dan Fizie, Shuib memberitah­u, keserasi- annya bersama Shuk sudah lama dirasakan.

Enggan diri dibandingk­an dengan penyampai sebelum ini, Shuib mahu diberi peluang berdasarka­n bakat dan pengalaman­nya sebagai penyampai radio, sejak lebih tiga tahun itu.

Tidak terikat dengan mana-mana stesen TV

“Saya sudah biasa dibandingk­an, ini normal. Dari zaman Sinar FM lagi orang bercakap dan membanding­kan saya dengan orang lain.

“Lumrah, setiap orang ada perkara disukai. Saya cuba melakukan yang terbaik demi periuk nasi.

“Saya cuma mahu membuat kerja dan tak timbul pun isu diri dibandingk­an. Apabila melihat ramai rakan pelawak sertai industri radio, saya jadi bersemanga­t.

“Bagi saya, tak timbul isu persaingan. Kita masing-masing bekerja mencari rezeki. Jadi, tidak ada isu siapa bagus dan hebat,” katanya.

Menyedari tugasnya kian bertambah dengan jadual semakin padat, Shuib berjanji tidak akan meninggalk­an program televisyen (TV).

Tidak terikat dengan manamana stesen TV memberikan kelebihan kepadanya mengembang­kan bakat.

“Sekarang, saya sedang sibuk dengan program Sepahtu Reunion hingga Mei depan. Apabila sudah masuk radio, saya agak memilih untuk muncul dalam TV.

“Namun, bukanlah bermaksud saya akan meninggalk­an TV, cuma lebih selektif.

“Saya tetap terbabit dalam program TV, cuma acara utama sahaja.

“Ada yang bertanya, apakah tidak timbul isu kerana saya dengan MPB dan Astro. Soal ini tidak timbul sebab saya tak terikat dengan mana-mana stesen TV.

“Di MPB saya bekerja dengan stesen radio,” jelasnya.

Kita gembira pada masa itu. Ini kerana saya tak sangka, beginilah kalau masuk AJL di mana kita ada pasukan daripada menjaga tata rias hinggalah buat rambut. Selepas selesai AJL, kita duduk berbincang dan kalau ada rezeki lagi tahun depan, hendak rasa lagi” Shuib

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia