Berita Harian

Tak goyah diuji

Rosyam Nor sifatkan fasa getir sebagai ruang kukuhkan semula nama, pengaruh

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Lebih tiga dekad membina nama, Datuk Rosyam Nor akur tidak mudah untuk mengekalka­n pengaruh, terutama apabila usia sudah mencecah 50-an.

Kontrovers­i dan serangan berbaur provokasi di laman maya, terutama membabitka­n pasar raya yang diusahakan sejak 1 Jun 2018, memperjudi­kan reputasi yang dibinaseja­k36tahunla­lu.

Pelakon dan penerbit berusia 52 tahun itu bagaimanap­un, tidak goyah dengan dugaan yang datang, malah menyifatka­n setiap ujian sebagai bukti pengaruhny­a dalam industri hiburan masih relevan.

“Saya tidak pernah menolak dugaan yang datang kerana di sebalik setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Saya bersyukur diberikan peluang untuk melalui fasa seperti itu.

“Disebabkan semua ini, nama saya masih kekal di ingatan ramai. Bayangkan jika nama saya tidak lagi diperkatak­an, bukankah itu bermakna keberadaan saya dalam industri sudah tiada lagi impak?

“Alhamdulil­lah, pada usia 52 tahun, nama saya masih disebut, malah diberi peluang oleh karyawan muda untuk membintang­i dalam produksi hebat mereka. Itu yang membuatkan saya sangat bersyukur,” katanya.

Cabaran kekalkan nama

Masih laris menerima pelbagai tawaran, anak jati ibu kota itu mengakui, dia semakin selektif. Pada usianya kini, Rosyam cenderung membintang­i karya yang mampu memberikan impak kepada profil seninya, meskipun sekadar memegang watak sampingan.

“Ramai yang masih ingat lakonan saya dalam KL Gangster 2. Impak watak Tailong masih dirasai peminat hingga hari ini.

“Saya mencari karya seperti itu untuk terus mempertaha­nkan nama. Sekalipun hanya membawa watak kecil, saya terima asalkan penampilan membekas di hati penonton.

“Tidak semestinya saya hanya mahu membawa watak utama. Selalu saya katakan kepada pelakon muda, mencari populariti tidak sukar, tetapi untuk mengekalka­nnya jauh lebih sukar.

“Tambahan lagi, saya sedang bersaing dengan banyak nama baharu. Ada yang datang dan pergi, namun saya bersyukur masih mendapat tempat,” katanya.

Kagum bakat Syafiq

Muncul dengan filem terbarunya, Misteri Dilaila, Rosyam mengakui, dia teruja apabila dipelawa Syafiq Yusof untuk kembali membintang­i filem garapannya.

Pernah membawakan watak sama dalam produksi arahan Syafiq terdahulu, KL Special Force, Rosyam bagaimanap­un, tidak menolak apabila terus diberi kepercayaa­n.

“Apabila Syafiq menawarkan saya berlakon filem ini, saya terus bersetuju. Memang watak polis yang saya lakonkan ini sama seperti filem terdahulu, namun Syafiq berjaya meyakinkan karakter yang dibawa tidak sama.

“Saya berharap, penonton dapat menerima kelainan yang cuba saya bawakan dalam Misteri Dilaila. Saya yakin penonton tidak akan rugi menonton filem ini,” katanya.

Pilihan pengkarya muda

Menyifatka­n anak kepada pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam sebagai sutradara yang genius, Rosyam bersyukur, bakatnya masih dipercayai Skop Production­s.

“Saya kenal Syafiq sejak kecil, malah dia pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Maria Mariana 2. Saya mula jatuh cinta dengan hasil kerjanya sejak dia menghasilk­an filem SAM: Saya Amat Mencintaim­u.

“Filem itu membuat saya kagum dengan keupayaann­ya. Bayangkan pada usia 18 tahun, dia sudah mampu menghasilk­an filem yang sebegitu baik.

“Saya tidak akan menolak sekiranya menerima tawaran daripada Syafiq dan abangnya, Syamsul. Saya cuma minta mereka menggarap watak yang mengujakan untuk saya kembali ke lokasi penggambar­an.

“Pada usia ini, saya bangga apabila masih menjadi pilihan pengkarya muda. Itu bukan bermakna saya sudah terlalu hebat sebagai pelakon, sebaliknya mereka sebagai pengarah yang membantu untuk saya menjadi bagus,” katanya.

Cabar minda penonton

Bercerita lanjut mengenai Misteri Dilaila, Rosyam berkata, dia yakin filem itu mampu mencipta sejarah tersendiri kerana kualiti pembikinan dan jalan ceritanya yang berbeza.

“Filem ini menghidang­kan kejutan yang akan membuat penonton tertarik untuk kembali menontonny­a. Ia sesuatu yang tidak pernah saya tonton dalam filem tempatan.

“Sebagai pengkarya, setiap filem garapan Syafiq pasti menghadirk­an kejutan. Misteri Dilaila juga tidak terkecuali. Filem ini mencabar minda penonton, malah saya percaya ia menjadi penanda aras untuk dicontohi pengkarya lain,” katanya.

Selain Rosyam, Misteri Dilaila yang menjengah pawagam bermula semalam, turut membariska­n pelakon seperti Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan dan Namron.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] ??
[ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ]
 ??  ?? Bersama Elizabeth Tan membintang­i Misteri Dilaila.
Bersama Elizabeth Tan membintang­i Misteri Dilaila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia