Berita Harian

Puluhan maut kebakaran di Bangladesh

Bangunan usia lebih 100 tahun di kawasan padat penduduk hangus

-

Lebih 70 orang dilaporkan terkorban, semalam susulan satu kebakaran besar yang memusnahka­n beberapa bangunan yang difahamkan berusia ratusan tahun di ibu negara Bangladesh dengan pihak berkuasa menyebut angka maut dijangka meningkat ketika bomba mencari mangsa tertimbus bawah runtuhan.

Sejak beberapa tahun lalu, kekurangan peraturan dan penguatkua­saan yang lemah di negara miskin itu menjadi punca beberapa insiden kebakaran besar yang membawa kepada ratusan kematian.

Kebakaran terburuk di bandar itu sejak 2012 berlaku lewat kelmarin di sebuah bangunan lima tingkat yang turut membabitka­n stor menyimpan bahan kimia haram. Api kemudian merebak ke beberapa bangunan berhampira­n di presint Chawkbazar yang berusia lebih 300 tahun sejak zaman Mughal.

“Setakat ini 70 mayat ditemui. Jumlah kematian akan meningkat, ketika misi mencari diteruskan,” kata pengarah bomba, Julfikar Rahman.

Beliau menambah, sekurang kurangnya puluhan mangsa atau kira-kira 50 orang dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal.

Ratusan ahli keluarga mangsa yang sedih dan terkejut membanjiri Kolej dan Hospital Perubatan Dhaka untuk mencari keluarga mereka, kata saksi.

Kawal kebakaran lima jam

“Semua menangis dan berkabung. Ahli keluarga masuk ke rumah mayat dan mencari daftar nama ahli keluarga dan mangsa terdekat dengan mereka,” kata saksi.

Kira-kira 200 anggota bomba terbabit dalam operasi mengawal kebakaran selama lima jam di beberapa lorong sempit antara beberapa bangunan rapat di kawasan yang mempunyai lebih tiga juta penduduk, kata pihak berkuasa.

Bomba berkata, mereka berdepan kesukaran menda- patkan bekalan air cukup bagi memadamkan kebakaran dan terpaksa mengepam air dari sebuah masjid berhampira­n.

“Kawasan ini terlalu padat, tiada ruang luas atau jalan besar untuk membawa air dengan mudah. Kami tidak jumpa sumber air berhampira­n yang menyebabka­n air berjaya dipadamkan hanya beberapa jam kemudian,” kata wakil bomba di lokasi, A K M Shakil.

Pegawai polis tempatan, Shamim Harun ur Rashid berkata, kebakaran bermula di sebuah bangunan dengan kedai di tingkat bawah, sebuah gudang plastik dan bahan mudah terbakar di tingkat satu dan kediaman dari tingkat tiga dan ke atas.

 ?? [ FOTO MONIRUL ALAM / EPA ] [ FOTO MOHAMMAD PONIR HOSSAIN / REUTERS ] ??
[ FOTO MONIRUL ALAM / EPA ] [ FOTO MOHAMMAD PONIR HOSSAIN / REUTERS ]
 ??  ?? Petugas bomba membawa keluar mayat mangsa yang terbabit dalam satu kebakaran besar di Dhaka, semalam.
Petugas bomba membawa keluar mayat mangsa yang terbabit dalam satu kebakaran besar di Dhaka, semalam.
 ??  ?? Seorang ahli keluarga mangsa menangis ketika berkabung di luar Hospital Perubatan Dhaka.
Seorang ahli keluarga mangsa menangis ketika berkabung di luar Hospital Perubatan Dhaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia