Berita Harian

Pembangkan­g bangkit isu Prabowo bantu Jokowi

-

Jakarta: Bahang kempen Pilihan Raya Umum Indonesia makin panas menjelang detik pemilihan pemimpin baharu negara republik itu, April ini.

Semalam, kontrovers­i berhubung pemilikan tanah yang melanda calon presiden Prabowo Subianto memasuki fasa baru apabila tokoh Parti Gerindra mendakwa Joko ‘Jokowi’ Widodo turut mendapat tempias manfaat daripada kekayaan Prabowo itu.

Susulan pendedahan presiden berhubung milikan tanah Prabowo seluas beribu-ribu hektar dalam debat kedua, baru-baru ini, pesaing memberi amaran kepada Jokowi bahawa sebahagian kejayaanny­a dalam politik adalah hasil bantuan daripada parti yang diasaskan oleh bekas jeneral tentera itu.

Timbalan Pengerusi Parti Gerindra, Edhy Prabowo, berkata hasil daripada pemilikan konsesi besar milik Prabowo di Kalimantan Timur dan Aceh Tengah turut menyumbang kepada kempen Jokowi untuk merebut jawatan gabenor Jakarta pada 2012.

Bantuan itu turut disifatkan sebagai tonggak utama yang membawa kepada kejayaan beliau dilantik sebagai presiden pada 2014.

“Sebahagian dana hasil perniagaan itu disalurkan untuk membiayai kempen Jokowi semasa pemilihan gabenor 2012 di Jakarta dan jumlahnya juga besar,” kata Edhy kepada agensi berita, Jakarta Post.

Berdasarka­n hubungan lalu Jokowi dengan Gerindra, Edhy menyangkal kenyataan Jokowi, yang disifatkan­nya sebagai serangan peribadi terhadap Prabowo semasa perbahasan kedua Ahad lalu.

“Jokowi seperti lupa bahawa Prabowo dan Parti Gerindra memainkan peranan utama sehingga membawanya di mana dia berada sekarang,” kata Edhy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia