Berita Harian

PBB beri Pyongyang lampu hijau ke Hanoi

Polis Vietnam sudah mulakan kawalan keselamata­n lebih ketat

-

Polis Vietnam, semalam memulakan kawalan keselamata­n ketat, termasuk di sebuah stesen kereta api terpencil dekat sempadan China, iaitu lokasi pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bakal masuk ke negara itu menjelang sidang kemuncak bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, minggu depan.

Anggota polis dikerah memantau kawasan yang bakal dijejaki pemimpin Pyongyang itu, termasuk menghalang wartawan Reuters daripada membuat rakaman video di sekitar kawasan Dong Dang.

Sementara itu, Jawatankua­sa Sekatan, Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sudah meluluskan permit perjalanan bagi delegasi Korea Utara ke Hanoi, Vietnam.

Jong-un bakal menghadiri sidang kemuncak kedua bersama Trump pada 27 dan 28 Februari ini, bagi membincang­kan isu menamatkan program senjata nuklear.

Larangan perjalanan global

Sejak 2006, seramai 15 anggota UNSC sebulat suara meluluskan sekatan terhadap Korea Utara, bertujuan menyekat dana bagi membiayai program peluru berpandu dan nuklear.

Ia termasuk menghalang eksport, termasuk arang batu, bijih besi, plumbum, tekstil dan makanan laut, selain menyekat import minyak mentah serta produk tapisan minyak.

Mengikut sekatan itu juga, 12 individu di Korea Utara turut dikenakan larangan perjalanan global dan pembekuan aset.

Namun, tidak diketahui sama ada mana-mana individu yang dikenakan sekatan itu akan menyertai delegasi ke Vietnam.

Sementara itu, di Washington, Trump dilaporkan bersedia mengadakan pertemuan ketiga dengan Jong-un, selepas sidang kemuncak antara kedua pemimpin itu di Hanoi, minggu depan.

Ketika bercakap di Rumah Putih, Trump menyatakan kesediaann­ya untuk menarik balik sekatan ke atas Korea Utara, tetapi beliau mahu Pyongyang membuat langkah pertama bagi menghapusk­an program senjata nuklear negara itu.

 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Kumpulan media menyerbu ke arah pegawai Korea Utara, Kim Song Hye yang tiba di hotel di Hanoi, semalam untuk persiapan ketibaan Jong Un ke ibu negara pada 25 Februari ini.
[ FOTO REUTERS] Kumpulan media menyerbu ke arah pegawai Korea Utara, Kim Song Hye yang tiba di hotel di Hanoi, semalam untuk persiapan ketibaan Jong Un ke ibu negara pada 25 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia