Berita Harian

China diramal bantah PBB bincang isu Myanmar

-

New York: Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan enam lagi negara anggota Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dilapor bakal bermesyuar­at bagi membincang­kan isu Myanmar.

Bagaimanap­un, menurut diplomat, mesyuarat itu diramal mendapat bantahan daripada China.

Mesyuarat yang bakal diadakan minggu depan itu, bertujuan men- dengar hasil laporan wakil PBB, Christine Schraner Burgener yang mengunjung­i Myanmar selama 12 hari bulan lalu, sekali gus membincang­kan nasib pelarian Rohingya.

Sebelum ini, Myanmar bersetuju mengambil semula semua pelarian itu, susulan perjanjian yang ditandatan­gani dengan Bangladesh namun PBB bertegas keselamata­n etnik Rohingya itu perlu diberi keutamaan sebelum mereka dibenar pulang ke Rakhine.

Sementara itu, Burgener yang juga diplomat warga Switzerlan­d sudah mengadakan lawatan sebanyak empat kali ke Myanmar sejak dilantik pada April lalu, tetapi gagal mencapai sebarang perkembang­an.

Selain tiga negara yang mempunyai kuasa veto itu, Belgium, Jerman, Poland, Kuwait, Peru dan Republik Dominica turut berusaha mendesak UNSC memberi lebih tumpuan kepada isu Myanmar.

Menurut diplomat, China dijangka mengemukak­an bantahan tetapi masih belum jelas sama ada negara itu akan menghalang mesyuarat itu, menerusi proses undian.

Sebanyak sembilan undian diperlukan untuk mengadakan mesyuarat berkenaan, dan undi veto tidak boleh dikuat kuasa dalam keadaan ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia