Berita Harian

United boleh jadi penentu gelaran EPL

Dijadual menentang Liverpool Ahad ini sebelum bertemu City

-

Manchester United mungkin bukan pencabar gelaran, tetapi skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer boleh menjadi penentu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), bermula dengan pertembung­an berdepan Liverpool di Old Trafford, Ahad ini.

Manchester City mendahului menerusi perbezaan gol berbanding skuad kendalian Jurgen Klopp dengan masing-masing mengumpul 65 mata - 14 mata di depan United yang menduduki tangga keempat.

City tidak bermain dalam saingan hujung minggu ini ketika mereka akan bertemu Chelsea pada final Piala Liga, sekali gus membuka peluang kepada Liverpool untuk kembali ke persada.

Perlawanan besar

United masih perlu menentang City sekali lagi dalam kempen, namun agak mengejutka­n, peminat mereka lebih suka kelab itu memusnahka­n impian Liverpool.

Liverpool tidak pernah meraih gelaran liga sejak 1990, manakala United sudah menang 13 kali dalam tempoh berkenaan dan penyokong mereka mahu mengingatk­an apa yang terjadi kepada pasukan lawan dari barat laut itu.

Ia juga pertemuan penting buat Solskjaer ketika dia mahu meyakinkan pengurusan Old Trafford bahawa dia adalah calon terbaik menerajui kelab itu secara tetap selepas tempoh sementara berakhir hujung musim ini.

“Ia pertemuan besar berdepan Manchester United, ia sentiasa saingan sengit bertemu mereka. Ia perlawanan dalam tangan dan kami tidak sabar menantikan­nya.

“Ia perlawanan besar dan mereka pasukan yang berbeza yang bermain bola sepak sangat bagus, saya rasa kami perlu bimbang bertemu mereka tetapi mereka tahu siapa lawan mereka dan mereka juga perlu bimbang bertemu kami,” kata pertahanan kiri Liverpool, Andrew Robertson.

Ia perlawanan besar dan mereka pasukan yang berbeza yang bermain bola sepak sangat bagus” Andrew Robertson, Pertahanan kiri Liverpool

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia