Berita Harian

Juventus belum ‘mati’

Allegri optimis Old Lady bangkit, Simeone akui Atletico belum menang

-

Bos Juventus, Massimilia­no Allegri menegaskan pasukannya belum ‘mati’ walaupun tewas 0-2 pada aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-juara menentang Atletico Madrid, kelmarin.

Malah, Allegri percaya Cristiano Ronaldo dan rakannya mampu bangkit menterbali­kkan keputusan itu apabila beraksi dalam aksi timbal balik di Turin 13 Mac nanti.

“Kami beruntung tidak melepaskan gol ketiga,” kata Allegri. “Ini kerana saya yakin keputusan 0-2 itu boleh diterbalik­kan lagi. Kami masih belum mati.”

Kekalahan Wanda Metropolit­ano itu menyaksika­n misi Ronaldo dalam saingan berprestij itu bersama Juventus terganggu.

Ronaldo kembali ke ibu negara Sepanyol itu, tempat dia merai- kan pelbagai kejayaan dalam kejohanan ini bersama Real, namun sebaliknya lawannya itu meraikan kemenangan hasil jaringan Jose Gimenez dan Diego Godin yang meletakkan Atletico selangkah ke suku akhir.

“Kami masih belum layak,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Masih ada perlawanan dan kami tahu ia bukan mudah.”

Pamer keberanian

Bagaimanap­un, ia kemenangan yang berhak dilakar skuad kendalian Simeone.

Ketika Juventus cuba bangkit, Atletico tetap bertahan dengan Simeone memasukkan Morata, Thomas Lemar dan Angel Correa, semuanya dalam tempoh sejam dan usahanya berhasil.

“Saya menunjukka­n keberanian,” kata Simeone.

Juve pastinya masih belum tewas memandangk­an Costa dan Thomas Partey masingmasi­ng akan digantung perlawanan bagi saingan kedua di Turin kerana dilayangka­n kad kuning.

Namun kegagalan menjaringk­an gol di tempat lawan, dan bermain buruk pada babak kedua akan menyukarka­n sebarang usaha untuk bangkit.

“Mereka tidak akan memberikan anda peluang,” kata Allegri. “Mereka membuatkan anda bermain buruk.” AFP Polis Merseyside

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia