Berita Harian

East Grinstead tagih ketangkasa­n Ninja

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Penjaga gol hoki nombor satu negara, Farah Ayuni Yahya berdepan tempoh 48 jam yang paling memenatkan dalam kariernya apabila perlu bergegas ke West Sussex, England bagi ‘menghidupk­an’ semula peluang East Grinstead memburu penamat tiga terbaik Liga Perdana England.

East Grinstead yang tewas dalam dua perlawanan terakhir, kini tiada pilihan selain perlu bangkit bagi aksi ke-13 berdepan Buckingham, Sabtu ini.

Mereka dilihat bergelut sepanjang ketiadaan Farah, 30, termasuk jatuh satu anak tangga ke tempat keempat sejurus liga kembali bersambung pada awal bulan ini.

“Memang teruja untuk kembali ke sana,” kata Farah ketika dihubungi sebelum bertolak ke England dari KLIA semalam.

Bukanmasal­ahbesar

Bagaimanap­un, penjaga gol terbaik Trofi Juara-juara Asia 2016 dan 2018 itu mungkin tidak sempat mendapat rehat secukupnya kerana dijadual tiba di England kurang 24 jam sebelum turun berdepan Buckingham.

“Saya tidak sempat menjalani latihan, dan mungkin terus diturunkan. Tetapi ia bukan masalah besar jika terpaksa beraksi dalam kepenatan.

“Apa yang penting harapan saya untuk kembali beraksi pada pusingan kedua liga menjadi kenyataan,” kata Farah.

Dia terpaksa bertolak lewat ke England susulan komitmen bersama pasukan majikannya PDRM-BLUE Warriors dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019 yang menutup tirainya Sabtu lalu.

Khidmat Farah yang mendapat julukkan nama ‘Ninja’ dalam kalangan rakan sepasukan Grinstead kembali ditagih selepas menampilka­n persembaha­n memberangs­angkan dalam sembilan daripada 10 perlawanan pertama Liga Perdana England.

Ketangkasa­nnya itu turut memastikan East Grinstead mencatat tujuh kemenangan, sebelum tewas kepada Surbiton 3-1 (16 Februari) dan peneraju Holcombe 2-1 (9 Februari).

 ??  ?? Farah Ayuni Yahya
Farah Ayuni Yahya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia