Berita Harian

Pujian ikhlas atau perang psikologi?

Penyerang Terengganu anggap penjaga gol Kuala Lumpur masih terbaik

- Oleh Malik Muhamad

Walaupun Mohd Sharbinee Allawee Ramli sudah bolos tujuh gol dalam dua perlawanan, penyerang Terengganu, Mohamad Ashari Samsudin menyifatka­n penjaga gawang Kuala Lumpur itu masih yang terbaik.

Malah, bekas penjaring terbanyak Liga Super 2010 itu mengakui bekas rakan sepasukann­ya di Terengganu itu liat untuk ditewaskan.

Justeru, dia membayangk­an skuad Penyu bakal berdepan kesukaran untuk menembusi gawang Kuala Lumpur apabila kedua-dua pasukan bertembung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

“Kami tidak mahu mengambil mudah walaupun ada yang berpendapa­t kami dijangka mudah ‘makan’ Kuala Lumpur sekali gus membolehka­n pasukan melakar kemenangan pertama musim ini.

“Bagi kami Kuala Lumpur mempunyai pemain yang bagus dan berkualiti termasuk pemain importnya.

Tiada pilihan lain

“Selain itu, benteng terakhir skuad itu yang dikawal Sharbinee tidak kurang hebatnya, malah penjaga gol itu sukar untuk ditembusi apatah lagi kami pernah bersama dengannya sebelum ini dalam skuad Terengganu.

“Justeru, kami harus memanfaatk­an peluang di depan gol dengan sentuhan berkualiti bagi menewaskan Sharbinee,” kata Ashari yang meledak 18 gol pada 2010 untuk menerima anugerah Kasut Emas.

Berdasarka­n rekod dalam saingan Liga Super musim lalu, skuad Penyu tewas 0-3 kepada The City Boys di Cheras, namun bangkit mencatat kemenangan 5-1 di gelanggang sama dalam peringkat Kumpulan A saingan Piala Malaysia.

Mengulas lanjut aksi menentang Kuala Lumpur, Ashari yang lebih mesra disapa ‘Saha’ mengakui skuad Penyu tiada pilihan selain menang selepas sekadar seri dua kali dan tewas sekali.

“Kita tidak boleh tercicir mata lagi, kita perlu menang untuk mengelak terus berada di kelompok bawah liga, siapa yang jaringkan gol tidak penting janji dapat kutip tiga mata,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Mohamad Ashari
Mohamad Ashari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia