Berita Harian

Woodland harapan The City Boys

- Oleh Mohd Fitrie Muhammad

Kuala Lumpur: Kehadiran Luke Woodland di benteng memberi nafas baharu buat Kuala Lumpur selepas posisi itu longgar yang menyebabka­n gawang The City Boys bolos tujuh gol dalam hanya dua perlawanan.

Sebagai permulaan, Woodland yang dibawa masuk menggantik­an Achmad Jufriyanto diharap mampu memperagak­an aksi terbaik pada penampilan sulungnya menentang Terengganu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah berkata, dia gembira kerana Woodland dapat menyesuaik­an diri dengan rakan sepasukan walaupun baru menyertai pasukan.

“Sudah tentu saya harap kehadiran dia (Woodland) mampu memperkuku­hkan semula benteng pasukan,” kata Yusri.

Persembaha­n matang

Kuala Lumpur tewas 1-3 kepada Pahang dalam aksi pembukaan sebelum empat kali gawang mereka bergegar ketika dibelasah Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-4.

Justeru, khidmat pemain Filipina berusia 23 tahun itu menjadi harapan Yusri untuk menjadikan benteng pasukan lebih kebal selepas lebih bergantung kepada pemain tempatan pada kedua-dua aksi itu.

“Jika saya senaraikan pemain tempatan, ia beri keyakinan kepada pasukan lawan. Tapi sekarang, saya harap kami dapat bertahan dengan lebih baik.

“Walaupun Woodland masih muda, persembaha­nnya matang dan saya cukup gembira dengan permainann­ya,” katanya.

 ??  ?? Luke Woodland
Luke Woodland

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia