Berita Harian

Kedah bimbang ancaman Safee, Filho

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Kelibat dua pemain baharu PJ City - Safee Sali dan Sergio Filho - jelas meresahkan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu, malam ini.

Menurutnya, kehadiran kedua-dua pemain itu diyakini mampu memperkuat­kan skuad kendalian K Devan sekali gus membayangk­an pasukannya bakal berdepan cabaran getir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Pertemuan menentang PJ City bakal menguji tahap konsisten permainan pasukan dan mental pemain sama ada mampu bermain di bawah tekanan selaku pendahulu Liga Super.

“Lagipun, PJ City bukan calang-calang pasukan apabila membuktika­n kebangkita­n menakjubka­n dengan menewaskan PKNP FC.

“Jadi, cabaran mereka tidak boleh diperlekeh­kan apatah Ketua jurulatih Kedah lagi mereka pasti bertambah kuat dengan kehadiran dua lagi pemain baharu (Safee dan Filho),” katanya.

Sementara itu, Devan menegaskan Kedah bukan kebal dan yakin mampu mencalar rekod bersih Helang Merah.

“Semua orang tahu Kedah pasukan yang kuat namun kami tidak takut, sebaliknya kami akan cuba menjadi pasukan pertama yang menewaskan mereka.

“Malah, saya gembira kerana Safee dan Filho tidak berdepan masalah menyesuaik­an diri dengan rakan lain dan tahap kecergasan mereka juga memuaskan.

“Jadi, saya rasa mereka tidak ada masalah untuk diturunkan untuk aksi dengan Kedah,” katanya.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH] ?? Dua pemain baru PJ City FC, Safee (kanan) dan Filho.
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH] Dua pemain baru PJ City FC, Safee (kanan) dan Filho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia