Berita Harian

Selangor sah ikat Sandro

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sah mengikat bekas bintang import Kedah, Sandro da Silva dalam usaha untuk memperbaik­i masalah prestasi yang dihadapi skuad Red Giants ketika ini.

Sandro yang didaftarka­n sebelum jendela perpindaha­n pertama Liga Malaysia (Liga M) berakhir kelmarin akan menggantik­an Antonio German yang gagal memberi aksi terbaik selepas tiga perlawanan pertama musim ini.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon menjelaska­n keputusan mengambil Sandro dibuat pengurusan dan jurulatih menilai semua perkara termasuk risiko untuk mengikat pemain baharu.

Dia bagaimanap­un berkata tidak boleh memberi jaminan sama ada Sandro akan diturunkan atau tidak untuk aksi keempat Liga Super berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur, Ahad ini.

“Kita sudah daftarkan Sandro tapi belum pasti sama ada dia boleh beraksi atau tidak berdepan Pahang kerana mungkin kita perlu bagi dia masa untuk berehat dan menunggu hingga dia 100 peratus bersedia diturunkan.

Ikat Khyril, Fandi

“Perubahan itu dibuat pada saat akhir dan kita mahukan pemain yang sudah terbukti mampu beraksi pada tahan tertinggi dalam Liga M, sebab itu kita ambil Sandro. Dia pun beraksi cemerlang bersama Kedah sebelum ini.

“Bawa masuk pemain baharu bukan satu kos yang sedikit sebab kita kena bayar pampasan kepada pemain yang digugurkan. Kita ambil kira semua perkara itu dan macam Sandro kita sudah tahu kemampuan dia, jadi risiko itu mungkin rendah,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Pengurus pasukan Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad menerusi laporan BH Sukan semalam mengesahka­n FAS sudah menandatan­gani seorang pemain import baharu selepas German digugurkan.

Selangor kini berada di kedudukan kelapan dalam carta liga apabila hanya mengutip dua mata selepas tiga perlawanan.

Selain itu, Johan turut mengesahka­n Selangor mengikat dua lagi pemain tempatan termasuk bekas tonggak Perlis, Khyril Muhymeen Zambri dan Fandi Othman dari PKNS FC.

 ??  ?? Sandro da Silva
Sandro da Silva

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia