Berita Harian

‘Pedulikan Kemboja-indonesia’

Kim Swee gesa fokus raih tiga mata ke atas Myanmar

-

Apa saja pakatan yang mungkin berlaku antara Kemboja dan Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B malam ini, pengendali skuad bawah 22 (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee sebaliknya mahu anak buahnya terus fokus memastikan tiga mata penuh mampu diraih apabila menentang Myanmar.

Aksi yang akan dimainkan secara serentak dengan Malaysia dan Myanmar di Stadium RSN manakala satu lagi perlawanan di Stadium Olimpik bakal menyaksika­n satu slot menjadi rebutan selepas Kemboja mengesahka­n tiket lebih awal ke separuh akhir.

Berdasarka­n perkiraan matematik, skuad negara wajib mencatatka­n kemenangan sambil mengharapk­an Indonesia seri atau tewas kepada tuan rumah.

Namun, seandainya Kemboja tumbang di tangan skuad Garuda Muda, impian Dominic Tan dan rakan untuk kekal dalam kejohanan akan musnah berkecai.

"Kita tak perlu memikirkan tentang apa yang akan berlaku antara Kemboja dan Indonesia. Jika kita tidak fokus ataupun tidak bermain dengan baik untuk mendapatka­n tiga mata tetapi akhirnya Kemboja mengalahka­n Indonesia tidak guna juga.

Senaraikan semula Danial

“Jika kita berjaya dapatkan kemenangan dan keputusan lain pula memihak Indonesia itu bukan dalam kawalan kita.

“Apapun, saya harap apabila berakhirny­a perlawanan esok (hari ini) kita akan dapat keputusan positif dan juga layak. Tetapi jika berlaku sebaliknya, sudah tentu ini menjadi pengajaran berguna kepada semua pemain,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium RSN, di sini, semalam.

Aksi bertemu skuad ‘The White Angels’ itu adalah misi ‘hidup mati’ Malaysia, malah keputusan seri tidak mencukupi selepas hanya mengumpul satu mata dan berada di kedudukan ketiga di belakang Kemboja dan dan Indonesia, masing-masing mengutip enam dan mata dua setakat ini.

Jelas Kim Swee lagi, dia kemungkina­n merombak kesebelasa­n utama dengan menyenarai­kan semula Danial Haqim Draman yang sebelum ini digantung satu perlawanan ekoran kad merah diterimany­a ketika aksi menentang Kemboja.

“Saya akan mengekalka­n formasi dan sistem permainan kita cuma mungkin akan berlaku sedikit perubahan dalam senarai pemain esok,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pemain negara menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Myanmar, hari ini.
Pemain negara menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Myanmar, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia