Berita Harian

Muara tiga sungai cetek jejas rezeki nelayan

Penduduk bergantung pasang, surut untuk keluar menangkap ikan

- Oleh Kandau Sidi

Tiga sungai di wilayah utara negeri ini iaitu Sungai Bakam, Sungai Sibuti dan Kuala Niah berdepan masalah muara cetek yang serius, sekali gus menyukarka­n bot nelayan keluar menangkap ikan ketika air surut.

Nelayan hanya boleh keluar menangkap di laut menerusi muara sungai berkenaan ketika air pasang.

Situasi itu, mengehadka­n peluang nelayan untuk menangkap ikan dan menambah rezeki masing-masing.

Tinjauan NSTP mendapati nelayan di tiga kawasan berkenaan bergantung kepada pasang dan surut air di muara sungai itu jika mahu keluar menangkap ikan.

Mereka mendakwa pernah berulang kali mengemukak­an aduan mengenai masalah itu kepada pihak berkaitan, namun belum ada sebarang usaha dilakukan untuk mengorek atau mendalamka­n muara sungai berkenaan.

Malah, nelayan terbabit memaklumka­n isu itu bukan perkara baru, namun sejak kebelakang­an ini masalah muara cetek semakin kritikal.

Kedalaman air kurang 0.5m

Misalnya, di kawasan muara Sungai Bakam, kedalaman air sungai itu kurang daripada 0.5 meter ketika air surut, menyebabka­n hampir Nelayan Sibuti mustahil untuk dilalui bot termasuk yang kecil.

Nelayan, Masni Junai, 47, berkata walaupun cuaca baik dan musim ikan agak banyak, peluang untuk keluar menangkap ikan masih terhad.

Guna jeti tempat lain

“Ini disebabkan masalah muara cetek mengehadka­n waktu keluar menangkap ikan iaitu hanya ketika air pasang, Jika tidak kami terpaksa menambat bot di laut dan ia agak merbahaya ketika cuaca tidak menentu dan gelombang besar seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata, ketika musim menangkap ‘bubuk’ seperti sekarang, nelayan di tiga kawasan berkenaan terpaksa mengambil alternatif lain, termasuk menggunaka­n jeti di tempat lain.

Nelayan Sibuti, Anung Abdullah, 45, berkata komuniti nelayan setempat terpaksa mengambil inisiatif sendiri meletak tiang di tengah muara sungai sebagai penanda bagi memudahkan mencari laluan ketika keluar menangkap ikan.

“Ketika ini, bot atau kapal besar tidak dapat melepasi kawasan muara Sungai Sibuti ketika air surut kerana ia amat cetek.

“Situasi sama turut membahayak­an nelayan yang keluar masuk menangkap ikan menggunaka­n laluan sama setiap hari,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri dan Persekutua­n membantu mengatasi masalah berkenaan bagi membolehka­n nelayan berpeluang menangkap ikan tanpa dipengaruh­i air pasang dan surut.

 ?? [FOTO KANDAU SIDI/BH] ?? Nelayan tidak dapat keluar menangkap ikan akibat masalah muara cetek seperti di muara Sungai Bakam.
[FOTO KANDAU SIDI/BH] Nelayan tidak dapat keluar menangkap ikan akibat masalah muara cetek seperti di muara Sungai Bakam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia