Berita Harian

Rugi RM94,250 ditipu kenalan wanita

-

Kuching: Pembantu gudang terpaksa berputih mata apabila kerugian RM94,250 selepas ditipu seorang wanita yang dikenali kira-kira tiga bulan lalu menerusi Facebook.

Lelaki berusia 40 tahun dan berasal dari sini dikatakan berkenalan dengan wanita itu sejak November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mengenali suspek yang mendakwa dirinya berasal dari Amerika Syarikat dan belajar di sebuah universiti swasta di negeri ini.

Beliau berkata, sepanjang berkenalan, wanita itu sering meminta wang dari mangsa atas alasan bagi urusan sekolah dan keluargany­a.

“Mangsa sudah memasukkan wang keseluruha­n berjumlah RM94,250 menerusi empat transaksi ke dalam empat akaun bank yang berbeza bermula 10 Januari dan kali terakhir pada 31 Januari lalu.

“Pada awalnya, wanita itu berjanji bahawa bapanya akan membayar balik semua wang yang dipinjam daripada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Buat laporan polis

Mustafa berkata, tidak lama kemudian mangsa dihubungi oleh seorang lelaki menerusi WhatsApp dan mendakwa dirinya bapa kepada wanita itu serta memaklumka­n terdapat kiriman barang yang sudah sampai di Malaysia.

“Selepas itu, mangsa menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkena­lkan dirinya sebagai ejen sebuah syarikat yang mengurus kiriman itu. Ketua JSJK Sarawak

“Mangsa diminta memasukkan wang RM40,800 ke dalam satu akaun bank sebagai bayaran untuk urusan pengeluara­n barang kiriman terbabit.

“Namun, mangsa mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan memaklumka­n perkara itu kepada rakannya sebelum diberitahu dia sudah ditipu serta dinasihatk­an untuk membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan dan menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada orang yang hanya dikenali menerusi media sosial serta tidak diketahui latar belakangny­a.

“Orang ramai boleh berhubung dengan pihak JSJK Sarawak atau balai polis berhampira­n bagi mendapatka­n pandangan serta nasihat sekiranya terdapat sebarang kemusykila­n atau keraguan berhubung perkara seperti itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia