Berita Harian

Kawasan pembanguna­n Iskandar Malaysia diperluas

Rangkum tiga daerah baharu babit Kota Tinggi, Kluang, Pontian

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Iskandar Malaysia di selatan Johor diperluas lagi merangkumi tiga daerah baharu iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Pontian, dengan keluasan keseluruha­n meningkat kepada 4,747 kilometer (km) persegi.

Sebelum ini, kawasan pembanguna­n itu yang meliputi daerah Johor Bahru dan Kulai, berkeluasa­n 2,217km persegi.

Cadangan perluasan kawasan itu diluluskan pada mesyuarat Pihak Berkuasa Anggota (MOA) Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA) Ke-24, kelmarin.

IRDA dalam satu kenyataan di sini, semalam, memaklumka­n mesyuarat itu dipengerus­ikan bersama oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Dr Mahathir dan Osman adalah Pengerusi Bersama IRDA.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.

Bantu Malaysia menjadi Harimau Asia semula

Perdana Menteri berkata, kemajuan yang dicatatkan oleh Iskandar Malaysia sejak 2006 adalah benar-benar mengagumka­n dan akan menjadi kunci dalam membantu Malaysia menjadi Harimau Asia semula.

“Sebagai agensi yang memacu pembanguna­n Iskandar Malaysia, saya yakin dengan peranan dan tanggungja­wab IRDA dalam menyokong pembanguna­n Johor dan agenda negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Osman berkata pertumbuha­n Iskandar Malaysia yang kukuh dan stabil akan meningkatk­an dan melengkapk­an pembanguna­n Johor.

“Ia sekali gus memperkuku­hkan aspirasi Johor untuk menjadi negeri berprestas­i tinggi,” katanya.

Ismail pula berkata, MOA percaya dengan kawasan liputan lebih meluas, Iskandar Malaysia akan menawarkan tanah pembanguna­n lebih besar pada kos mampu dan pada sama, ia membawa pertanian moden sebagai salah satu sektor baharu yang dipromosik­an.

Beliau berkata, Iskandar Malaysia yakin aliran masuk pelaburan serantau daripada pelabur domestik dan asing akan terus berkembang dari tahun ke tahun seterusnya.

“Ini akan meningkatk­an keseluruha­n sistem ekonomi di Iskandar Malaysia memandangk­an kesan limpahan akan memberi impak yang lebih tinggi ke atas ekonomi di wilayah ini dan kepada rakyat,” katanya.

Dari segi pertumbuha­n ekonomi, Ismail berkata, Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan komited RM32.23 bilion pada 2018, dengan RM22.03 bilion adalah pelaburan yang telah direalisas­ikan.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruha­n pelaburan komited yang diterima wilayah itu dari 2006 hingga 31 Disember 2018 sebanyak RM285.34 bilion.

“Setakat ini, pelabur tempatan menyumbang RM194.81 bilion atau 62 peratus kepada jumlah keseluruha­n pelaburan komited itu, manakala baki RM90.51 bilion disumbangk­an oleh pelabur asing.

“Lima negara yang menyumbang kepada pelaburan komited tertinggi ke Iskandar Malaysia dari 2006 hingga Disember 2018 ialah China, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Sepanyol.

“Dari 2006 hingga 2018, sektor perkhidmat­an iaitu pelanconga­n, pendidikan, kewangan, penjagaan kesihatan, kreatif dan logistik mencatatka­n pelaburan berjumlah RM28.9 bilion yang turut merangkumi teknologi baharu muncul,” katanya.

Saya yakin dengan peranan dan tanggungja­wab IRDA menyokong pembanguna­n Johor dan agenda negara” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia