Berita Harian

‘Berita gembira isu tol dalam tempoh terdekat’

Muhyiddin sahkan perkara masih dibincang oleh Kabinet

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kerajaan dijangka mengumumka­n berita gembira berkaitan tol dalam tempoh terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), berkata perkara itu sedang dibincangk­an di Kabinet.

“Kita baru-baru ini, ada berbincang isu tol dan mungkin dalam sehari dua ini, akan ada kenyataan mengenai tol.

“Saya tidak boleh cakap lebih mengenai perkara itu, biarlah menteri berkaitan yang membuat pengumuman,” katanya.

Janji PH

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Kampung Batu 26, Beranang di sini, malam kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14), PH menerusi manifeston­ya berjanji menghapusk­an tol secara berperingk­at.

Sementara itu, Muhyiddin mengulangi komitmen kerajaan mendukung prinsip Perlembaga­an Persekutua­n, terutama membabitka­n hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.

“Ada pihak mendakwa kerajaan PH tidak menjaga hak istimewa orang Melayu. Sekali lagi saya mengulangi bahawa perkara dalam Perlembaga­an Persekutua­n, terutama membabitka­n orang Melayu tidak sesekali tergugat,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kementeria­nnya sudah ada beberapa nama untuk diserahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk dipertimba­ngkan bagi dilantik sebagai Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Katanya, senarai nama berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Serah cadangan kepada PM

“Saya akan kemukakan cadangan itu secara rasmi kepada Perdana Menteri. Mungkin kalau saya dapat ketentuan masa dalam sehari dua ini, saya saya akan bawa (nama) kepada beliau.

“Awak (media) mahu berapa nama? Saya fokus kepada beberapa nama tertentu. Saya tidak mahu letak banyak sangat (nama),” katanya selepas menghadiri program sempena kempen PRK DUN Semenyih di Kampung Batu 3 di sini, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalanny­a, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan menamatkan kontrak perkhidmat­an masingmasi­ng pada Mac dan Mei depan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n cadangan nama yang diserahkan kepada Perdana Menteri kemudian diangkat untuk mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong.

“Saya hanya mencadangk­an nama, jadi mungkin ada perubahan atau pindaan. Itu saya serahkan kepada Perdana Menteri,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Muhyiddin bersalam dengan jemaah selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Batu 3, sempena kempen PRK DUN Semenyih, semalam, sambil diiringi calon PH, Muhammad Aiman Zainali.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Muhyiddin bersalam dengan jemaah selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Batu 3, sempena kempen PRK DUN Semenyih, semalam, sambil diiringi calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia