Berita Harian

Integriti, kredibilit­i anggota RCI penting: Musa

-

Kuala Lumpur: Kredibilit­i dan integriti anggota Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi salah laku hakim sangat penting supaya selaras dengan objektif penubuhann­ya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, berkata paling penting suruhanjay­a itu juga perlu berlaku adil kepada semua pihak, terutama mereka yang disiasat.

“Sudah pasti siapa yang sesuai menganggot­ai suruhanjay­a itu adalah mereka yang ada kredibilit­i, mempunyai tahap profesiona­lisme dan integriti tinggi,” katanya dihubungi, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n Kabinet bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan campur tangan terbuka Badan Kehakiman membabitka­n salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutua­n.

Isu campur tangan hakim

Pelbagai pihak mendesak supaya suruhanjay­a siasatan ditubuhkan berikutan pendedahan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Persekutua­n, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, mengenai beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia.

Kumpulan peguam bebas turut mendakwa mengumpul bukti campur tangan beberapa hakim mahkamah rendah dalam isu sensitif membabitka­n politik.

Ditanya mengenai cadangan pelantikan bekas hakim dan pakar undang-undang antarabang­sa dari negara luar, Musa percaya Malaysia ada ramai tokoh dan pakar undangunda­ng berkaliber dan sesuai untuk menganggot­ai suruhanjay­a itu.

Mengenai cadangan pelantikan bekas Ketua Polis Negara dan pegawai tertinggi institusi penguatkua­saan, beliau berkata, aspek integriti tokoh perlu diambil kira tanpa mengira walau apapun latar belakang profesiona­l atau kepakarann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia