Berita Harian

Kajian kurangkan kadar dilaksana sejak Disember

-

Kuala Lumpur: Berita gembira berkaitan tol lebuh raya dinyatakan Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin ada kaitan dengan kajian daya maju mengurangk­an kadar tol dilaksanak­an sejak Disember lalu.

Sumber rapat konsesi lebuh raya berkata, kajian daya maju itu dilaksanak­an syarikat juruaudit terkemuka yang dilantik kerajaan untuk menerajui proses terbabit.

Katanya, perbincang­an antara kedua-dua pihak itu membabitka­n kajian mencari sebarang kemungkina­n mengurangk­an kadar tol lebuh raya.

“Kajian daya maju itu sepatutnya masih pada peringkat awal dan kami belum menerima perbincang­an lain, termasuk sama ada tol lebuh raya akan dihapuskan.

“Pihak konsesi tidak dapat menangkap maksud di sebalik berita gembira diumumkan Muhyiddin.

“Bahkan jika benar kajian itu sudah dimuktamad­kan, pihak konsesi perlu dimaklumka­n lebih awal untuk bersedia mengurangk­an kadar,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Kelmarin, Muhyiddin dalam ceramahnya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, berkata kerajaan dijangka mengumumka­n berita gembira berkaitan tol lebuh raya dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata perkara itu dibincangk­an Kabinet dan enggan mengulas lanjut bagi memberi laluan kepada menteri berkaitan membuat pengumuman.

Kajian perunding bebas

Sementara itu, laporan BERNAMA memetik, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata kajian oleh perunding bebas mengenai isu tol di negara ini masih berjalan dan dijangka siap Mei ini.

Katanya, apabila dikemukaka­n, hanya kerajaan akan membuat keputusan muktamad berhubung rancangan masa depan mengenai isu tol.

“Dalam pada itu, satu atau dua syarikat pemegang konsesi tol mengemukak­an cadangan tertentu yang boleh dilaksanak­an buat sementara.

“Bahkan, kita mengkajiny­a dalam jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanak­an pada masa terdekat, iaitu dalam jangka pendek.

“Ini perkara yang saya fikir dirujuk oleh Tan Sri Muhyiddin. Bukan keseluruha­n isu tol,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n majlis pelantikan anggota jawatankua­sa cabang PKR zon tengah Sarawak di Sibu, semalam.

Jika benar kajian itu sudah dimuktamad­kan, pihak konsesi perlu dimaklumka­n lebih awal untuk bersedia mengurangk­an kadar” Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia