Berita Harian

Cegah rasuah: Apa lagi belum kita lakukan?

-

Dua bulan pertama 2019 masih seperti tahun sebelumnya, terus mendendang­kan berita ‘panas’ penahanan dan pendakwaan kes rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa, seolah-olah tiada surutnya.

Sekadar mengulangi apa yang orang ramai sudah tahu, rasuah masih menjalar dari organisasi ke organisasi, syarikat ke syarikat hinggalah ke lorong belakang. Realitinya ia membabitka­n pegawai segenap peringkat.

Dalam soal pencegahan rasuah, tidak keterlalua­n jika saya luahkan soalan “apa lagi yang belum kita lakukan?”

Jika diimbau lebih 30 tahun dahulu, kerajaan pernah memperkena­lkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982, bertujuan mendidik rakyat khususnya penjawat awam, agar mempelajar­i dan meniru budaya murni masyarakat Jepun.

Masyarakat Jepun ketika itu diiktiraf dunia sebagai bangsa yang kuat jati diri dan integriti. Sejak itu, pelbagai langkah diambil kerajaan dalam usaha membentuk penjawat awam berintegri­ti, serta mempunyai tahap akauntabil­iti tinggi. Namun, entah di mana silapnya, selepas lebih tiga dekad, apa yang ingin dicapai seolah-olah tidak membuahkan hasil. Lihat sahaja di Facebook dan Youtube, masih banyak tular gambar atau video berkaitan penumpang transit aliran ringan (LRT) tidak memberi tempat duduk kepada wanita mengandung atau orang tua.

Agenda antirasuah nasional

Jika dilihat perkara semudah itu pun mereka abaikan, jadi adakah orang yang bersikap sedemikian akan peduli hal kempen mencegah rasuah?

Kini kerajaan kembali tekad memulakan agenda antirasuah nasional bermatlama­tkan ‘negara dikenali kerana integriti dan bukan kerana rasuah’. Pada 29 Januari lalu, kerajaan melancarka­n Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sejajar usaha merealisas­ikan manifesto ke arah negara bebas rasuah dan berintegri­ti.

Pelbagai inisiatif, termasuk aspek pencegahan diperkenal­kan. Misalnya, Kementeria­n Pendidikan bersetuju memantapka­n kerjasama strategik dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkuku­h elemen integriti dan antirasuah dalam sistem pendidikan negara. Ini bertujuan membentuk jati diri pelajar bermula di prasekolah sehingga peringkat lebih tinggi.

Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) dengan kerjasama SPRM pula melancarka­n sistem piawaian dikenali Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Antibriber­y Management Systems (ABMS).

Ia memberi panduan dan membantu menambah baik sistem pengurusan antirasuah dalam sesebuah organisasi, sekali gus menjadi satu panduan pencegahan rasuah kepada semua pihak.

Kerajaan pula memperkena­lkan peraturan perisytiha­ran harta bagi memastikan Ahli Parlimen berintegri­ti dan tidak terbabit rasuah. Buat masa ini, SPRM hanya sebagai pelaksana dan ia belum dimaktubka­n dalam

Akta SPRM 2009. Akta SPRM 2009 turut dimantapka­n, undang-undang baharu Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntu­kkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial diperkenal­kan.

Peruntukan ini dikenali sebagai ‘liabiliti korporat’. Melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009, organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau kakitangan­nya terbabit jenayah rasuah.

Utama soal kebersamaa­n

Itu baru sebahagian dan banyak lagi sudah atau akan diperkenal­kan. Namun segala inisiatif mahupun agenda seumpama ini tidak akan membawa apa-apa kesan jika tiada kebersamaa­n memastikan rasuah dibanteras.

Justeru, kesedaran sokongan dan peranan semua pihak amat diperlukan bagi menyokong segala aktiviti dan memastikan usaha mencapai matlamat.

Inilah peluang rakyat kembali memperbetu­lkan keadaan. Agenda seumpama ini tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada SPRM atau agensi berkaitan seperti Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) sahaja. Ia perlu disambut baik semua pihak.

Dalam hal ini, saya sarankan diambil semangat pasukan bola sepak Liverpool, You’ll Never Walk Alone yang menitikber­atkan kebersamaa­n, kesatuan dan persahabat­an. Walaupun pasukan lain ada budaya sebegitu, bagi saya ia tidak mampu menyaingi Liverpool.

Berbalik isu kebersamaa­n ini, mesej jelasnya ialah semua pihak perlu tekad bersatu hati. Setiap dilaksanak­an kerajaan perlu dipandang serius rakyat. Saya berbesar hati jika semua pihak tidak 'berkira' dalam soal memberi bajet kepada agensi melakukan kerja pencegahan rasuah.

Sudah sampai masanya kerajaan mendedahka­n kepada rakyat hasil kajian isu rasuah dari universiti tempatan atau mana-mana agensi sejak puluhan tahun dahulu yang dapatannya mungkin memeranjat­kan kita.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia