Berita Harian

Minyak sawit sihat kekal biodiversi­ti

-

Parlimen Perancis dan Norway baru-baru ini mengundi untuk meluluskan usul yang akan memberhent­ikan penggunaan biobahan api berasaskan minyak sawit menjelang 2020.

Ironi jika kita melihat keputusan ini dalam konteks sejarah penanaman sawit, 102 tahun lalu.

Tindakan kedua-dua negara Eropah ini ibarat duduk berkisar, tegak berpaling. Ia bertentang­an tujuan asal Henri Fauconnier, usahawan dari Perancis, yang membawa benih sawit dari Sumatera dan seterusnya menubuhkan penanaman komersial pertama di Malaysia di Estet Tennamaram pada 1917.

Pembanguna­n sawit dari detik itu mengubah landskap ekonomi serta sosial masyarakat. Penubuhan FELDA atas ilham dan usaha Tun Abdul Razak Hussien, menjadi komponen utama mempercepa­tkan pembanguna­n dan pembasmian kemiskinan luar bandar.

Slogan ketika itu, land for the

landless, job for the jobless (tanah untuk mereka yang tidak mempunyai tanah, kerja untuk mereka yang tidak mempunyai pekerjaan).

Kini, industri sawit antara penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara. Satu daripada persepsi salah media dan kerajaan luar, adalah anggapan bahawa industri sawit negara dimonopoli syarikat gergasi seperti Sime Darby dan IOI.

Dasar berat sebelah pengaruhi industri sawit

Hakikatnya 40 peratus keseluruha­n ladang sawit di Malaysia diusahakan pekebun kecil yang secara purata mempunyai ladang sebesar 3.9 hektar.

Pihak luar negara, sama ada kerana kurangnya informasi atau secara sengaja menutup sebelah mata, membuat dasar berat sebelah yang mempengaru­hi industri sawit tanpa mengambil kira kebajikan golongan ini.

Isu dilemparka­n kepada penanaman sawit di Malaysia dan minyak sawit adalah tidak berasas serta lebih bertujuan menjaga kepentinga­n tanaman pengeluar minyak mereka.

Tekanan daripada Eropah terhadap sawit adalah cerita lama. Dahulu, tekanan ini dalam bentuk serangan dari aspek kesihatan, yang mana minyak sawit didakwa menjejaska­n kesihatan.

Namun, serangan disangkal kajian saintifik bukan sahaja daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), bahkan institusi lain dari dalam dan luar negara.

Sekarang, serangan terhadap sawit dari segi kelestaria­n alam sekitar. Ini juga tidak benar kerana penanaman sawit di Malaysia sangat terkawal, dengan seliaan lebih 60 undang-undang dan peraturan nasional.

Antaranya Akta Pengambila­lihan Tanah 1960, Kod Tanah Nasional 1965, Akta Pemulihara­an Tanah Persekitar­an 1960 dan dikaji semula pada 1989, Akta Kualiti 1974, Peraturan Racun Perosak 1988, Akta Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan 1977, Undang-undang Buruh dan Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010.

Penanaman sawit di Semenanjun­g kebanyakan­nya dibangunka­n di atas bekas tanah ladang getah. Pembukaan tanah baharu juga berlaku di Sabah dan Sarawak, tetapi kedua-dua negeri ini mempunyai hutan simpan besar dan dengan kawalan ketat kerajaan negeri masing-masing.

Komitmen tinggi negara pengeluar

Akhir tahun lalu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok, mengumumka­n Malaysia tidak akan lagi membenarka­n pembesaran ladang sawit baharu di negara ini.

Namun, kajian daripada Kesatuan Pemulihara­an Alam Antarabang­sa (IUCN), baru-baru ini dengan jelas menyatakan sekiranya sawit digantikan tanaman pengeluar minyak sayuran lain, kesan terhadap persekitar­an akan jauh lebih teruk.

Sawit dengan kadar pengeluara­n minyak yang tinggi boleh mengeluark­an hasil hampir empat hingga 10 kali ganda per hektar tanah, berbanding kacang soya, isirung dan bunga matahari.

Untuk memenuhi permintaan minyak dan lemak bagi dekad seterusnya, dianggarka­n 58 juta hektar tanah diperlukan untuk isirung dan 49 juta hektar untuk bunga matahari. Sawit pula hanya memerlukan 8.8 juta hektar.

Tindakan kerajaan memberhent­ikan pembesaran ladang sawit seiring hasil kajian IUCN. Kejayaan terbesar boleh dicapai dalam usaha pemulihara­an biodiversi­ti berkaitan sawit adalah dengan negara pengeluar menyatakan komitmen masing-masing untuk mengelakka­n penyahutan­an lanjutan serta dengan menambah baik rancangan pembentuka­n ladang baharu.

Tindakan pihak kementeria­n dalam isu ini sangat tepat dan akan membantu penjenamaa­n minyak sawit keluaran Malaysia sebagai minyak sawit mapan dan berkualiti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia