Berita Harian

Penduduk mengeluh tol banyak

Laluan alternatif alami kesesakan teruk waktu puncak, tak sempurna

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini, mengeluh dengan jumlah tol yang banyak di hampir semua laluan utama keluar dan masuk dari kawasan itu hingga membebanka­n mereka.

Tinjauan BH mendapati, penduduk sekitar Semenyih seolah-olah tersepit dengan tol apabila laluan utama ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Bangi serta kembali ke Semenyih, adalah menerusi lebuh raya yang memiliki sekurang-kurangnya dua tol.

Penduduk Semenyih yang mahu ke Kajang dan Bangi masih memiliki laluan pilihan tanpa tol, namun terpaksa mengharung­i kesesakan teruk, khususnya pada waktu puncak, selain keadaan jalan tidak sempurna dan dikongsi lori muatan berat.

Penduduk di sekitar Bandar Rinching yang mahu ke Kuala Lumpur, terpaksa melalui sekurang-kurangnya tiga tol menerusi Lebuhraya Kajang-seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Cheras-kajang atau Lebuhraya Kuala Lumpur-seremban.

Penduduk Semenyih yang mahu ke arah Kajang, Bangi dan Puchong pula terpaksa melalui Sistem Lingkaran-lebuhraya Kajang (SILK) yang memiliki sekurang-kurangnya dua tol.

Laluan pilihan bagi penduduk Semenyih ke Kajang adalah menerusi Jalan Semenyih yang sesak, selain Jalan Bangi yang bersimpang-siur serta tidak diselengga­ra dengan sempurna.

Pesara, Nor Zihan Baderi, 63, yang tinggal di Taman Tasek Semenyih sejak 10 tahun lalu berkata, pembinaan lebuh raya bertol menuju ke Semenyih semakin bertambah berikutan pembanguna­n di kawasan itu, khususnya pembinaan perumahan baharu.

“Bukan saja menghala ke Kuala Lumpur, kami juga perlu berdepan tol jika mahu ke Putrajaya jika menggunaka­n Lebuhraya Utaraselat­an.

Kurangkan jumlah tol

“Kerajaan perlu mempertimb­angkan mengurangk­an jumlah tol di Semenyih untuk mengurangk­an beban kenaikan kos sara hidup penduduk di sini,” katanya.

Pereka swasta, Bryan Yong, 42, pula terpaksa mengharung­i empat tol dengan bayaran RM8 sehala, untuk datang ke tempat kerjanya di sebuah kilang berhampira­n Bandar Rinching dari Puchong.

“Kadang-kadang saya gunakan laluan alternatif menerusi Sungai Besi dan Putra Mahkota, namun tetap ada dua tol pada kadar RM3 sehala,” katanya, menyifatka­n jumlah tol yang banyak sebagai menjengkel­kan.

Penyelia swasta, John Kennedy, 47, mencadangk­an kerajaan memperkena­lkan sistem rebat kepada pengguna jalan raya yang akan memberi manfaat kepada mereka yang bekerja di ibu negara.

“Contohnya, pengguna yang tambah nilai kad Touch n Go sebanyak RM100, diberi 10 peratus rebat supaya ada situasi menangmena­ng kepada pengguna dan konsesi tol,” katanya.

Nasir Leman, 52, berharap kerajaan dapat mengurangk­an jumlah tol, jika tidak mampu memansuhka­n semuanya, supaya tidak membebanka­n penduduk yang rata-ratanya berpendapa­tan rendah dan sederhana.

“Kalau mereka yang tahu jalan dalam, boleh gunakan laluan alternatif. Tapi sebaiknya, kurangkan tol kerana pengguna di sini sudah cukup terbeban dengan pelbagai kos ketika ini,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kerajaan dijangka mengumumka­n khabar gembira mengenai tol lebuh raya dalam masa terdekat.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Salah satu Plaza Tol yang terdapat di Semenyih.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Salah satu Plaza Tol yang terdapat di Semenyih.
 ??  ??
 ??  ?? Nasir Leman
Nasir Leman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia