Berita Harian

Calon BN kesal kenderaan disimbah cat

-

Hulu Langat: Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi kesal dengan kejadian kenderaan milik pembantuny­a disimbah cat di Kampung Rinching Hulu di sini, malam kelmarin.

Sambil menyifatka­n insiden itu boleh mencemarka­n amalan demokrasi dan menggugat keharmonia­n, beliau mengharapk­an supaya perbuatan itu dihentikan.

“Kita bertanding secara gentleman dan perbuatan seperti ini tidak akan menjadikan kita lebih elok. Jangan amalkan perangai seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan ke rumah warga tua di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Mahkota di sini, semalam.

Beliau mengulas insiden Mercedes Benz E200 milik pembantuny­a, Rahmad Musa, disimbah cat minyak di cermin dan bonet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia