Berita Harian

Polis terima 24 laporan, buka enam kertas siasatan

-

Kajang: Sebanyak 24 laporan diterima dan enam kertas siasatan dibuka polis daerah ini sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sejak 16 Februari lalu hingga kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superinten­dan Mohd Sabri Abdullah, berkata laporan terbaharu diterima kelmarin daripada seorang lelaki berusia 50-an mendakwa dirinya difitnah memberi RM100 kepada semua pengundi di Semenyih.

Beliau berkata, siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

“Satu kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu khianat, selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan kes sebuah Mercedes E 200 K yang diparkir di tepi jalan, disimbah cat berwarna biru.

“Kereta itu dipercayai digunakan untuk membawa calon Barisan Nasional (BN) ke kawasan Kampung Rinching Hulu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Papagomo buat laporan

Dalam pada itu, Mohd Sabri turut mengesahka­n menerima laporan polis oleh EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Wan Muhammad Azri membuat laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa membuat laporan palsu beliau menyerang Ahli Parlimen Muar itu selepas penamaan calon.

Mohd Sabri berkata, kertas siasatan kes itu akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Selain itu, beliau juga mengesahka­n ada menerima laporan berkaitan pemberian hamper dan kes berkenaan sudah dirujuk kepada agensi lain.

Seterusnya, beliau berkata, sebanyak 104 permit dikeluarka­n polis sejak hari pertama kempen hingga kelmarin membabitka­n BN (35), Pakatan Harapan (PH) (62) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) (tujuh).

“Dua laporan polis berkaitan ceramah tanpa permit diterima dengan terbaru pada jam 12.17 tengah malam tadi (kelmarin) membabitka­n ceramah oleh PH di Beranang,” katanya.

Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah”

Mohd Sabri Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia