Berita Harian

ADUN minta perjelas hasil kajian

-

Pakan, Sarawak: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah perlu menjelaska­n bagaimana mereka menjalanka­n kajian hingga meletakkan Pakan sebagai daerah termiskin di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, kaedah kajian itu menjadi persoalan kerana realiti sebenar kualiti hidup penduduk di daerah itu dalam keadaan baik.

“Saya bertanya kepada penduduk di sini adakah mereka pernah didatangi kumpulan atau individu untuk melakukan kaji selidik mengenai pendapatan mereka. Kesemuanya menyatakan tiada sebarang kaji selidik dijalankan di Pakan setakat ini. Jadi, dari mana mereka (kementeria­n) memperoleh data itu.

“Berkemungk­inan mereka mengambil data dari sistem maklumat senarai e-kasih, yang mana ramai penduduk yang tidak mempunyai penyata gaji akan meletakkan pendapatan mereka serendah yang boleh agar melayakkan mereka mendapat bantuan kerajaan,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

William Mawan berkata, kenyataan seperti itu seolah-olah menafikan usaha dilaksanak­an sebelum ini, termasuk oleh dirinya sebagai wakil rakyat kawasan itu, terutama dalam konteks pembanguna­n infrastruk­tur dan sosioekono­mi.

Rendahkan moral penjawat awam

“Kenyataan seperti itu tidak mendatangk­an kebaikan, malah ia akan merendahka­n moral penjawat awam yang telah berusaha gigih selama ini untuk membangunk­an Pakan.

“Saya tidak menentang pertambaha­n dana pembanguna­n atau program pembanguna­n ekonomi untuk rakyat diadakan di sini. Namun, kenyataan sedemikian boleh menjatuhka­n moral, memalukan dan mengundang cacian masyarakat kepada pegawai kerajaan dan wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu juga dilihat bermotifka­n politik kerana boleh menyebabka­n masyarakat hilang keyakinan kepada kerajaan negeri yang selama ini telah berusaha membangunk­an daerah itu.

“Jika dilihat di Pakan, fasiliti dan kemudahan awam sudah banyak dibina baik dari segi jalan perhubunga­n, kesihatan dan perkhidmat­an agensi kerajaan.

“Kita juga telah berjaya membangun industri lada di daerah ini sehingga menjadi daerah pengeluar lada terbesar di Malaysia. Malah ada antara pengusaha tanaman lada di sini mampu membeli kenderaan pacuan empat roda secara tunai. Itu realiti dan fakta yang tidak akan muncul jika hanya melihat data di atas kertas sahaja,” katanya.

Justeru, beliau berharap pendekatan lebih holistik, berdasarka­n data yang diambil dari lapangan digunakan sekiranya sesebuah kementeria­n mahu mengeluark­an statistik sedemikian.

Berkemungk­inan mereka mengambil data dari sistem maklumat senarai e-kasih, yang mana ramai penduduk yang tidak mempunyai penyata gaji akan meletakkan pendapatan mereka serendah yang boleh” William Mawan Ikom, ADUN Pakan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia