Berita Harian

Yayasan Eco World taja 16,500 sisipan BH Didik

Inisiatif perkasa sektor pendidikan, bantu murid dapatkan bahan rujukan berkualiti

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Yayasan Eco World komited meneruskan tajaan 16,500 naskhah sisipan BH Didik kepada 10 sekolah di lima negeri tahun ini membabitka­n nilai tajaan RM21,450.

Sekolah terbabit masing-masing menerima 50 naskhah Didik selama 33 terbitan bermula Isnin ini hingga Oktober depan.

Penyerahan replika cek sumbangan disampaika­n Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye kepada Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid di Sekolah Kebangsaan (SK) Brickfield­s 2, di sini, semalam.

Lam Thye berkata, semua pihak perlu berganding bahu membantu memperkasa­kan sektor pendidikan negara.

“Sektor swasta perlu memainkan peranan penting bagi menyokong Kementeria­n Pendidikan, dalam membantu murid kurang mampu supaya tidak tercicir dalam pembelajar­an.

Teknik berkesan

“Kami membelanja­kan sejumlah kira-kira RM185,000 untuk penajaan akhbar ini (BH) walaupun Yayasan Eco World hanya ditubuhkan kurang daripada lima tahun,” katanya di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Eco World, Kapten (B) Datuk Liew Siong Sing; Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid; Pengurus Besar Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi dan Guru Besar SK Brickfield­s 2, Rohana Abdullah.

Mengenai keistimewa­an kandungan BH Didik, Lam Thye berkata, sisipan pendidikan itu mendedahka­n murid dengan teknik pembelajar­an berkesan dan terkini, selain contoh soalan diketengah­kan turut menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Sementara itu, Rohana berkata, pihaknya amat menghargai komitmen yayasan berkenaan bagi membantu murid sekolahnya untuk terus berjaya.

Katanya, Yayasan Eco World turut menaja pakaian seragam, buku tulis, makanan pada setiap hari persekolah­an, kem motivasi Tahun Enam dan yuran kelas tuisyen.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI] ?? Lam Thye (kiri) bersama Khaidir (tiga dari kiri) dan Rohana pada Majlis Penyerahan Tajaan Yayasan Eco World BH Didik 2019 di Sekolah Kebangsaan Brickfield­s 2, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI] Lam Thye (kiri) bersama Khaidir (tiga dari kiri) dan Rohana pada Majlis Penyerahan Tajaan Yayasan Eco World BH Didik 2019 di Sekolah Kebangsaan Brickfield­s 2, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia