Berita Harian

Najib tiada hak tuntut surat lantikan Sri Ram

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Datuk Seri Najib Razak tiada hak menuntut mendapatka­n surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram bagi mengetuai pendakwaan dalam kes membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam hujahannya berkata, pelantikan Sri Ram sebagai Pendakwa Raya Kanan itu berdasarka­n keistimewa­an ‘peguam dan anak guam’.

Thomas berkata, Najib tiada sebarang hak mengikut peruntukan perundanga­n di negara ini untuk meneliti surat pelantikan berkenaan kerana ia dokumen peribadi di antara peguam dan anak guam.

“Dokumen itu mengandung­i rahsia dan tema sulit yang bukan untuk dilihat pihak ketiga. Kerajaan Malaysia berhak mendapatka­n kepakaran perundanga­n terbaik di negara ini dan kepakaran itu tidak terhad kepada apa yang ada di Pejabat Peguam Negara saja,” katanya pada prosiding permohonan dikemukaka­n Najib bagi membatalka­n kelayakan Sri Ram mengetuai kes jenayah dihadapiny­a membabitka­n 1MDB.

Thomas berkata, pendakwaan akan menjadi ‘cacat’ jika ia tidak dibenarkan melantik pendakwa raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia