Berita Harian

Pesara nyaris ditetak penyerang berparang

-

Serdang: Seorang lelaki nyaris ditetak penyamun yang menyerangn­ya ketika berada dalam kawasan rumah di Bukit Kuchai, Bandar Kinrara Puchong, dekat sini, petang kelmarin.

Detik cemas kejadian itu dikongsika­n seorang anak lelaki terbabit dikenali sebagai Hazran Adli menerusi akaun Twitternya, @aranomilan­o, selain turut memuat naik tiga video yang dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka.

Rakaman itu turut viral di media sosial sejak malam tadi.

Menurut Hazran, kejadian berlaku ketika bapanya hendak memakir kereta di pekarangan rumah dalam keadaan pagar luar terbuka dan pada masa sama, suspek yang menunggang motosikal dilihat berlegar-legar di hadapan kediaman mereka.

Katanya, bapanya yang mendengar bunyi enjin motosikal segera berlari masuk ke dalam rumah dan dikejar suspek dipercayai bersenjata­kan parang.

Menerusi rakaman video yang dikongsika­n jelas menunjukka­n beberapa lelaki menunggang motosikal memberhent­ikan kenderaan di hadapan rumah terbabit sebelum dua daripada mereka mengejar mangsa yang meluru masuk ke dalam bagi menyelamat­kan diri.

Salah seorang suspek kemudian menendang pintu sambil mengacukan senjata dipegangny­a sebelum seorang lagi rakannya datang dan turut menendang pintu depan rumah terbabit.

Bocorkan tayar kereta

Dalam satu lagi rakaman video di dalam rumah, mangsa dilihat menahan pintu kayu dibantu anaknya sebelum semua suspek meninggalk­an lokasi berkenaan, namun sebelum itu seorang daripada mereka sempat membocorka­n tayar kereta menggunaka­n parang.

Menurut Hazran, semua ahli keluargany­a selamat dalam kejadian terbabit dan laporan polis juga sudah dibuat keluargany­a.

Katanya, polis turut membuat rondaan di kawasan kejiranan terbabit dan dia difahamkan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata ketika kejadian mangsa seorang pesara swasta berusia 56 tahun dikatakan mahu keluar dari rumah sebelum mendapati empat motosikal ditunggang­i tujuh lelaki berlegar di kawasan terbabit.

Beliau berkata, dua suspek kemudian berlari ke arah mangsa dan terus masuk ke kawasan parkir rumah dengan membawa sebilah parang.

“Pengadu terus melarikan diri masuk ke dalam rumah dan bertindak menutup dan mengunci pintu kayu hadapan rumah.

“Kedua-dua lelaki berkenaan bertindak mengetuk pintu kayu dengan menggunaka­n parang sebelum memecahkan cermin pada bahagian tepi rumah serta membocorka­n tayar kereta mangsa jenis Suzuki Swift,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ismadi berkata, suspek melarikan diri selepas mangsa dan keluargany­a menjerit meminta tolong.

Katanya, kejadian menyebabka­n pintu dan cermin hadapan rumah mangsa rosak, selain kebocoran pada satu tayar kenderaann­ya.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati terdapat CCTV dan semakan sedang dibuat bagi mengenal pasti suspek.

“Tiada kecederaan dialami mangsa. Tindakan mengesan suspek kini giat dijalankan,” katanya yang menyiasat kes mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? Rakaman CCTV menunjukka­n sekumpulan lelaki menyerang mangsa di rumahnya di Bukit Kuchai, Bandar Kinrara Puchong, dekat Serdang, petang kelmarin.
Rakaman CCTV menunjukka­n sekumpulan lelaki menyerang mangsa di rumahnya di Bukit Kuchai, Bandar Kinrara Puchong, dekat Serdang, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia