Berita Harian

Kerajaan sedia pembiayaan LRT3

Kementeria­n Kewangan ubah kontrak PDP kepada harga tetap pastikan kos tidak berubah

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang kini dalam landasan untuk disiapkan menjelang 28 Februari 2024 mendapat sokongan kerajaan dari segi pembiayaan projek.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kementeria­nnya bertanggun­g jawab menyediaka­n pembiayaan sama ada menerusi pinjaman, jaminan atau sebagainya untuk projek berkenaan berjalan lancar.

Beliau berkata, bagi memastikan harga kontrak LRT3 tidak berubahuba­h, kerajaan telah menukarkan kontrak Rakan Pelaksana Projek (PDP) antara Prasarana Malaysia Bhd dan MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK) kepada Kontrak Harga Tetap, yang mana ia memberikan kerajaan kepastian dalam merancang perbelanja­an sambil memastikan projek itu berjalan lancar pada kos yang berpatutan.

Katanya, hasil perbincang­an, rundingan dan usaha rasionalis­asi berjaya mengurangk­an kos keseluruha­n projek kepada RM16.63 bilion berbanding kos asal RM31.65 bilion dengan jumlah stesen dikurangka­n kepada 20 stesen berbanding cadangan asal sebanyak 26 stesen.

“Saya ingin tegaskan bahawa penjimatan ini dicapai tanpa menjejaska­n kualiti perkhidmat­an dan keupayaan LRT3 untuk menampung keperluan harian dua juta warga kota sehingga 2042.

“Mengikut pelan sekarang, kapasiti LRT3 akan diperkemba­ngkan secara berperingk­at berdasarka­n unjuran permintaan semasa dan dalam masa terdekat, dan bukan seperti sebelum ini yang mana kapasiti dibina serta-merta untuk dipadankan dengan permintaan 20 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai Perjanjian Novasi antara Prasarana, MRCBGK dan sembilan kontraktor pakej kerja (WPC) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke; Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain.

Prasarana bayar RM760 juta

Mengulas mengenai pembayaran kontrak susulan pertukaran daripada regim kontrak PDP kepada regim Kontrak Harga Tetap, Guan Eng berkata, Prasarana hanya perlu membayar RM760 juta dan bukannya RM808 juta seperti yang dilaporkan oleh sesetengah media pada bulan lalu berikutan kerja bernilai RM48.6 juta sudah dirasional­isasikan.

Beliau berkata, daripada RM760 juta itu, Prasarana telah membayar MRCBGK sebanyak RM504 juta, sementara baki RM255 juta akan dibayar kepada WPC selepas Perjanjian Novasi ditandatan­gani mengikut syarat yang ditetapkan.

Apabila siap kelak, laluan LRT3 akan menyediaka­n perkhidmat­an pengangkut­an rel untuk dua juta penduduk yang menetap sepanjang jajaran berkepadat­an tinggi antara Bandar Utama di Petaling Jaya dan Johan Setia di Klang.

Dengan adanya laluan pengangkut­an rel sepanjang 37.6 kilometer itu, perjalanan dari Klang ke Petaling Jaya akan memakan masa sejam berbanding perjalanan menggunaka­n kenderaan persendiri­an yang memerlukan lebih dua jam untuk merentasi jarak yang sama ketika kesesakan trafik.

 ?? [ FOTO BERNAMA] ?? Guan Eng bersama Loke, Khalid dan Mohamed Hazlan (tiga dari kanan) pada majlis memeterai Perjanjian Novasi antara Prasarana, MRCBGK dan sembilan kontraktor WPC di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO BERNAMA] Guan Eng bersama Loke, Khalid dan Mohamed Hazlan (tiga dari kanan) pada majlis memeterai Perjanjian Novasi antara Prasarana, MRCBGK dan sembilan kontraktor WPC di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia