Berita Harian

Fitch Ratings sahkan penarafan IDR Malaysia A-

-

Fitch Ratings mengesahka­n penarafan kemungkira­n penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada Adengan tinjauan stabil.

Ia berkata, penarafan A- mencermink­an kadar pertumbuha­n tinggi berbanding rakan median lain.

Penarafan A- itu juga, jelasnya, mencermink­an kedudukan kreditor luaran bersih yang disokong oleh lebihan akaun semasa yang kukuh dan aset luaran yang besar.

Namun begitu, Fitch Ratings berkata, penarafan itu dikekang oleh hutang kerajaan yang tinggi, tahap pendapatan per kapita yang rendah dan standard tadbir urus yang lemah berbanding rakan penarafan lain.

Bertindak pantas laksana janji

“Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertindak pantas untuk melaksanak­an banyak janji pilihan raya utamanya sebaik mengambil alih pemerintah­an pada Mei 2018, terutama pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan semakan semula projek infrastruk­tur.

“Ia menyediaka­n maklumat terperinci mengenai dasar ekonomi makronya dalam Belanjawan 2019 yang diumumkan pada awal November (tahun lalu),” katanya.

Fitch Ratings berkata, sasaran fiskal jangka sederhana belanjawan kurang bercita-cita berbanding kerajaan sebelumnya, berikutan sebahagian besarnya menjangkak­an kerugian pendapatan bersih kira-kira satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susulan pemansuhan GST dan menggantik­annya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Firma penarafan itu berkata, defisit yang lebih meluas dan paras hutang adalah negatif untuk profil kredit, tetapi diimbangi sedikit oleh langkah yang diumumkan dalam belanjawan untuk meningkatk­an ketelusan fiskal dan pengurusan hutang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia