Berita Harian

Pelan baharu tentukan hala tuju industri akan digubal

Kementeria­n garis strategi pembanguna­n, pacu PKS

-

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk K Talagavath­i, berkata pelan berkenaan akan memfokuska­n kepada pembanguna­n perindustr­ian selain galakan pembanguna­n terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Proses awal penggubala­n

“Pelan ini sedang dalam proses awal penggubala­n dan MITI bekerjasam­a dengan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi bagi mengumpulk­an data untuk memulakan proses penggubala­n berkenaan.

“Pelan ini secara khusus akan bermula Jun tahun ini dan dijangka selesai pada penghujung 2020,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking ke Shah Alam, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Terdahulu, mengulas mengenai lawatan MITI ke Selangor, Darell berkata, negeri itu mempunyai sistem pengurusan dan ekosistem yang baik sehingga mampu memberi keyakinan kepada pelabur.

Katanya, tahun lalu, Selangor mencatatka­n jumlah perdaganga­n sebanyak RM606.6 bilion berbanding 2017 berjumlah RM582 bilion.

“Pada 2018 juga, nilai eksport dan import negeri itu masingmasi­ng berjumlah hampir RM257 bilion dan RM350 bilion, berbanding 2017, masing-masing sebanyak RM258.2 bilion dan RM323.9 bilion.

“Jumlah pelaburan yang diluluskan di Selangor dari 2015 hingga September 2018 adalah sebanyak RM29.6 bilion. Daripada jumlah itu, pelaburan asing berjumlah RM15 bilion membabitka­n 369 projek yang dijangka menjana 26,492 peluang pekerjaan baharu,” katanya.

Beliau berkata, pelaburan terbesar adalah membabitka­n sektor peralatan pengangkut­an, diikuti sektor pembuatan makanan dan industri kimia, manakala pelabur utama di negeri itu adalah dari Jepun, China dan Singapura.

Lawatan berperingk­at

Selain Selangor, beliau berkata, kementeria­n juga akan mengadakan lawatan ke negeri lain secara berperingk­at bagi membincang­kan isu berkaitan pembanguna­n perindustr­ian dan pelaburan.

“Turut akan dibincangk­an mengenai Perjanjian Perdaganga­n Bebas seperti Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang kini masih di peringkat rundingan dan Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Transpasif­ik (CPTPP) yang belum diratifika­sikan oleh Malaysia,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] ?? Darell bersalaman dengan Amirudin di Shah Alam, semalam.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] Darell bersalaman dengan Amirudin di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia