Berita Harian

Rizab antarabang­sa Bank Negara meningkat

-

Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.3 bilion pada 15 Februari 2019, lebih tinggi berbanding AS$102.1 bilion yang dicatatkan pada 31 Januari 2019.

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabang­sa pada 15 Februari 2019, terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah AS$96.3 bilion, paras rizab Tabung Kewangan Antarabang­sa (AS$900 juta), Hak Pengeluara­n Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

BNM berkata, aset-aset termasuk emas dan tukaran asing manakala rizab lain termasuk Hak Pengeluara­n Khas, yang berjumlah RM423.12 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66 billon), pinjaman dan pendahulua­n (RM7.07 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset-aset lain (RM10.94 bilion).

Modal dan keupayaan terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM135.21 bilion), mata wang dalam edaran (RM110.86 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.08 bilion), deposit kerajaan persekutua­n (RM14.36 bilion), deposit-deposit lain (RM2.86 bilion), kertas BNM (RM20.08 bilion), peruntukan Hak Pengeluara­n Khas (RM7.74 bilion) dan liabilliti-liabiliti lain (RM2.06 bilion).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia