Berita Harian

Inflasi dijangka 2.2 peratus

-

MIDF Research berkata, kadar inflasi pada tahun ini dijangka pada 2.2 peratus, dengan kadar inflasi teras pada purata 2.2 peratus berbanding 1.0 peratus pada 2018.

Dalam nota penyelidik­an semalam, firma penyelidik­an itu berkata tekanan inflasi dijangka meningkat, sebahagian besarnya daripada barangan berkaitan bahan api, selari dengan harga minyak mentah yang dijangka pada purata AS$75 setong pada 2019 (2018: AS$72 satu tong) dan dengan mengambil kira subsidi RON95 disasarkan hanya kepada kumpulan B40.

“Indeks harga pengguna menguncup 0.7 peratus tahun ke tahun (yoy) pada bulan pertama 2019, penyusutan pertama dalam tempoh lebih sembilan tahun selepas berlegar di bawah 1.0 peratus yoy pada tujuh bulan sebelumnya. Angka terendah sejak Oktober 2009 itu khususnya berpunca daripada tekanan deflasi daripada komponen pengangkut­an.

“Harga pengangkut­an terus menurun sebanyak 7.8 peratus yoy pada Januari 2019, terendah sejak Julai 2016 berikutan beralih kepada mekanisme harga minyak mingguan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia