Berita Harian

Mohammad Mentek dilantik Pengerusi SPNB

-

Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MOF Inc) mengumumka­n pelantikan Datuk Seri Mohammad Mentek sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), berkuat kuasa 31 Januari lalu.

MOF Inc dalam satu kenyataan dikeluarka­n SPNB semalam berkata, N Jayaselan pula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SPNB yang baharu, bermula 8 Februari lalu.

Kenyataan itu berkata, Mohammad adalah Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 2015.

“Beliau berkelulus­an Ijazah Sarjana Statistik dan Ijazah Sarjana Muda Matematik daripada University of Minnesota, Amerika Syarikat.

“Jayaselan pula adalah Ketua Pengarah (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) Jabatan Perumahan Negara, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” menurut kenyataan itu.

SPNB adalah syarikat milik MOF Inc yang ditubuhkan untuk menyediaka­n rumah mampu milik berkualiti sejajar objektif perumahan negara.

 ??  ?? Mohammad Mentek
Mohammad Mentek
 ??  ?? N Jayaselan
N Jayaselan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia