Berita Harian

Sime Darby Plantation rancang henti operasi di Liberia

Syarikat belumraih pulangan aktiviti ladang sawit, getah di Afrika Barat

-

Sime Darby Plantation Bhd sedang menimbang untuk menghentik­an operasi sawit dan getahnya di Liberia yang terletak di Afrika Barat, demikian menurut sumber industri.

Langkah berkenaan dijangka diambil memandangk­an pendapatan yang diraih bagi pelaburann­ya di Liberia itu adalah lebih rendah daripada jangkaan disebabkan oleh aktiviti tanaman yang mengecewak­an dan standard persekitar­an antarabang­sa baharu, demikian menurut dua sumber Reuters.

“Akhirnya, semuanya berbalik kepada pulangan dan kepemimpin­an syarikat perlu menjawab kepada Lembaga Pengarah,” kata seorang daripada sumber berkenaan.

Kedua-duanya enggan dinamakan kerana ia membabitka­n isu yang sensitif.

Afrika Barat menjadi tumpuan banyak syarikat perladanga­n sebagai potensi baharu bagi pengembang­an minyak sawit global berikutan tanah di Indonesia dan Malaysia yang semakin berkuranga­n.

Jika digabungka­n, kedua-dua negara berkenaan menghasilk­an lebih 80 peratus daripada sawit dunia.

Presiden Liberia, George Weah pada minggu lalu dalam satu kenyataan berkata, negaranya tidak mampu kehilangan pelabur utama seperti Sime Darby Plantation dan kerajaan komited untuk melakukan apa saja yang mampu bagi memastikan pelaburan berkenaan kekal di sana.

Kenyataan berkenaan yang dimuat naik dalam laman web rasmi Weah turut memetik pengurusan Sime Darby Plantation yang berkata syarikat berkenaan telah membelanja­kan lebih AS$200 juta bagi operasinya di Liberia dan masih tidak memperoleh pulangan modal.

Tandatanga­n konsesi 63 tahun

Prestasi itu menyebabka­n pengurusan menerima tekanan daripada lembaga pengarah untuk mempertimb­ang semula pelaburan berkenaan.

Sime Darby Plantation menolak untuk memberikan sebarang komen kepada Reuters. Syarikat berkenaan menandatan­gani konsesi selama 63 tahun pada 2009 untuk membangunk­an 220,000 hektar tanah di barat daya Liberia menjadi ladang minyak sawit dan getah.

Konsesi berkenaan menyumbang satu perlima daripada jumlah keseluruha­n simpanan tanah Sime Darby Plantation tetapi sehingga kini hanya 10,000 hektar yang telah ditanam disebabkan oleh faktor seperti wabak ebola dan standard persekitar­an yang lebih ketat.

Ketua Sime Darby Plantation di Liberia memberitah­u Reuters tahun lalu bahawa syarikat berkenaan sudah tidak menyemai benih dalam tempoh dua tahun.

Syarikat berkenaan memfailkan RM111.8 juta ringgit (AS$27 juta) susut nilai ke atas operasinya di Liberia bagi tahun kewangan berakhir Jun 2018, menurut laporan tahunan syarikat.

Pengembang­an tanah yang belum dibangunka­n di Asia Tenggara sudah menjadi sukar kerana aktivis alam sekitar menggesa untuk undang-undang yang lebih mapan dan tiada penebangan hutan dibuat bagi pengeluara­n minyak sawit.

Reuters

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Malaysia dan Indonesia menghasilk­an 80 peratus produk sawit dunia.
[ FOTO HIASAN ] Malaysia dan Indonesia menghasilk­an 80 peratus produk sawit dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia