Berita Harian

Firma Korea dapat kontrak bina loji diesel Petron RM538.2J

-

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd menganuger­ahkan syarikat petrokimia dari Korea Selatan, Daelim Industrial Co, kontrak bagi membina loji penapisan diesel bernilai AS$132 juta (RM538.2 juta).

Memetik laporan berita perniagaan Korea Selatan, Pulse News, kemudahan baharu itu mempunyai kapasiti pengeluara­n sebanyak 35,000 tong diesel sehari apabila disiapkan kelak.

Pembinaann­ya dijangka siap pada 2020 dan Daelim sebelum ini terbabit dalam pembinaan loji penapisan bernilai AS$1.78 bilion di Filipina pada 2015.

“Petron Malaysia adalah rakan bersekutu syarikat penapisan minyak terbesar Filipina, Petron.

“Daelim membina loji penapisan minyak bernilai 2 trilion won (RM7.34 bilion) di Filipina pada 2015,” kata laporan itu yang menyusul selepas berita kerugian suku pertama Petron Malaysia sejak 2014.

Petron Malaysia mencatatka­n kerugian sebanyak RM25.55 juta pada suku keempat yang berakhir 31 Disember 2018 daripada keuntungan sebanyak RM99.57 juta tahun sebelumnya.

Ia disebabkan oleh kerugian pegangan inventori berikutan kejatuhan mendadak harga produk akhir disebabkan penurunan harga minyak mentah hingga akhir 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia