Berita Harian

Untung bersih MISC susut kepada RM1.31 bilion

-

Keuntungan bersih MISC Bhd (MISC) susut kepada RM1.31 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, berbanding RM1.98 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan syarikat perkapalan antarabang­sa itu turut merosot 12.8 peratus kepada RM8.78 bilion daripada RM10.07 bilion sebelumnya, berikutan perolehan lebih rendah dicatatkan dalam segmen perniagaan kumpulan, termasuk gas asli cecair (LNG), petroleum dan luar pesisir.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia semalam, MISC berkata, pendapatan bagi segmen LNG 18 peratus lebih rendah sebanyak RM2.35 bilion berbanding RM2.86 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

“Ia disebabkan khususnya oleh penguranga­n bilangan kapal yang beroperasi berikutan penamatan kontrak sewaan pada Jun 2017 dan penggantun­gan kontrak pada 2018, ditambah dengan kadar sewaan lebih rendah kerana pembaharua­n kontrak kapal pengangkut LNG pada Oktober 2017,” katanya.

Sementara, bagi segmen petroleum mencatatka­n pendapatan sebanyak RM4.31 bilion atau 4.4 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya berjumlah RM4.51 bilion disokong oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Tahun mencabar

“Perolehan luar pesisir merosot 36.9 peratus kepada RM1.19 bilion daripada RM1.89 bilion,” katanya.

Melangkah ke hadapan, MISC berkata, 2019 adalah satu lagi tahun mencabar bagi pasaran simpanan petroleum, namun tidak bagi segmen LNG yang dijangka akan terus mendapat manfaat daripada pengukuhan pasaran yang dilihat pada 2018.

“Bagi segmen luar pesisir, ia akan terus dipacu oleh aktiviti lebih sihat menerusi aktiviti penerokaan serta pengeluara­n minyak dan gas.

“Penambahan jumlah kontrak sistem pengeluara­n terapung dalam beberapa tahun akan dayang dan unit perniagaan luar pesisir MISC yang aktif akan terus menambah lebih banyak peluang.

“Selain itu, penambahan aset baharu pada 2018 juga akan menyediaka­n sumber pertumbuha­n pendapatan dan menyokong prestasi kewangan bagi unit berkenaan pada 2019,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia