Berita Harian

mampu jadi segi tiga emas Selangor

Pembanguna­n pesatkawas­an sekitarpac­u potensi pertumbuha­n

- Oleh Rafidah Mat Ruzki ami@bh.com.my

Pembanguna­n pesat di i-city yang bakal menempatka­n pusat beli-belah dengan keluasan 940,000 kaki persegi, Central i-city, mampu menjadikan­nya salah satu pusat kawasan segi tiga emas di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata pembanguna­n di i-city serta kawasan sekitar seperti Klang dan Shah Alam dilihat mempunyai potensi yang baik.

“Ia adalah satu ruang ekonomi yang baik kepada rakyat Selangor dan penduduk Shah Alam dan Malaysia,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu China bersama Persekutua­n Persatuanp­ersatuan Hokkien Malaysia di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan, I-bhd dan Central Pattana, pemaju rangkaian pusat beli-belah terbesar di Thailand menandatan­gani perjanjian pada Mei 2013, bagi penubuhan syarikat usaha sama membangunk­an pusat beli-belah di i-city, di Shah Alam.

Menerusi perjanjian itu, I-bhd dan CPN Global Company Limited (CPN Global), anak syarikat milik penuh Central Pattana Plc menubuhkan syarikat usaha sama bagi membangunk­an pusat beli-belah yang bernilai RM580 juta.

Ditanya adakah kerajaan Selangor menyaksika­n lebih banyak pelabur asing memasuki pasaran negeri itu dengan kehadiran Central Pattana, Amirudin berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan kehadiran mereka selain pentadbira­n negeri mempunyai dasar yang mesra pelabur selain ia memberikan layanan terbaik sama ada terhadap pelabur tempatan mahupun antarabang­sa.

“Atas sebab itu kita mendapat pemain industri seperti Toyota, Ikea dan Daiso baru-baru ini dan reputasi itu kita akan kekalkan secara berterusan,” katanya.

Selangor dijangka mencatatka­n jumlah pelaburan tahun lalu iaitu pada RM14 bilion, kedua tertinggi dalam tempoh 10 tahun ini.

Amirudin berkata, jumlah itu dua kali ganda melepasi sasaran RM7 bilion yang diletakkan kerajaan Selangor.

Antara pencapaian tertinggi

Bagaimanap­un, katanya pengumuman rasmi mengenainy­a akan dibuat oleh Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Perkara ini akan diumumkan secara rasmi oleh MIDA. MIDA ada menyebut kepada saya ia mungkin mencapai RM14 bilion. Ia adalah pencapaian yang baik kerana melebihi RM11 bilion hingga RM12 bilion.

“Kalau ikutkan rekod selama 10 tahun, ini pencapaian kedua tertinggi. Kali terakhir pada 2014 apabila kita mendapat lebih RM15 bilion pelaburan.

“Ini menunjukka­n ada kepercayaa­n komuniti perniagaan antarabang­sa kepada Malaysia dan Selangor mendapat limpahan daripadany­a kerana sedikit sebanyak Selangor mempunyai pintu masuk dan infrastruk­tur seperti jalan raya,” katanya.

Ia adalah satu ruang ekon baik kepada rakyat Selang penduduk Shah Alam dan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

 ?? [ ?? Pusat beli-belah Central i-city Kemeriahan pelbagai sambutan di i-city tarik pengunjung. mampu lonjak pembanguna­n i-city dan kawasan sekitar.
[ Pusat beli-belah Central i-city Kemeriahan pelbagai sambutan di i-city tarik pengunjung. mampu lonjak pembanguna­n i-city dan kawasan sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia